Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Apr 13, 2010

:+:wisuda=grad=convo:+:


10/04
merupakan hari bersejarah
bagi saya and kawan-kawan saya.


perjalanan saya berbaki lagi 1 tahun setengah
untuk saya menjadi seorang dokter.
semoga saya dapat menempuh dan menjalani
praktikal saya dengan:
~lancar
~tiada masalah
~sihat slaloo tak sakit2
~tak stress2
~cemerlang dan jayanya..hehehe

dan yang penting skali adalah
semoga saya dapat habiskan study saya ontime
then pulang ke MALAYSIA
menjadi seorang dokter yang dapat membantu dan berbakti kepada masyarakat
~AMIN~

Apr 4, 2010

:#: mampukah aku:#:

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup

reff:
engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup


~04/04/10~
until now tarikh ni masih saya ingat..
susah rasanyer nak lupakan benda tu semua..
bukan x pernah cuba, tapi dah xlarat nak cuba..
mungkin mangambil masa yang agak lama dan saya pun tak tahu bila
saya dapat lupakan benda tu semua..
sekali lagi mampukah saya?!?!
kadang-kadang saya merasa tidak mampu,
merasa tidak kuat.
ape yang saya akan lakukan sekarang adalah.
biarlah masa membuatkan saya lupa semuanya.

rasa sakit yang dulu sebenarnya masih terasa .
tapi saya dah ikhlaskan diri saya untuk maafkan awak.
walaupun awak x pernah minta.
sekeras-kerasnya hati saya, dan walaupun saya mengambil masa yang agak lama.
tapi akhirnya saya tetap memaafkan awak.
dulu before ni,saya pernah menyatakan yang saya tak kuat untuk memaafkan awak
tapi sekarang saya rasa, saya dah mampu/ kuat untuk memaafkan awak
cuma kalau untuk seperti dulu
dan seperti saya dengan kawan-kawan yang lain itu saya mohon maaf
sebab saya masih belum mampu.
ape yang terjadi sebelum ini mungkin tiada apa-apa bagi awak
tapi saya ucapkan terima kasih untuk semuanya
sekarang awak dah ada dunia dan laluan awak sendiri..
apepun saya just doakan semoga awak berjaya dan bahagia hendaknya
cuma doa je yang mampu saya hulurkan untuk awak
dan insyaALLAH doa dari saya untuk awak takkan pernah putus..


Apr 3, 2010

~SikAp~


rasanyer kalau sesiapa yang nampak tanda ni mesti dah paham kan maksud die ape
kalau yang tak paham tu mesti lar budak-budak yang baru umur 1-2 tahun..
ni yang aneh nyer usia dah dekat separuh abad pun masih tak paham dengan tanda ni
kalah ngan budak sekolah tadika, cz diorang pun paham.
ish..ish..ish..
payah..payah..
kesian..kesian..

saya sangat geram dengan orang yang tak paham dengan tanda nih
mai saya bagi tahu..
tanda ni adalah tanda dilarang MEROKOK!!!
banyak kat area hospital,mall..
takkan lar tak nampak dengan tanda ni
dan takkan lar tak paham kat mana bley merokok kat mana tak boleh.

hari-hari jalan-jalan dalam hospital
mesti ada orang yang merokok..
macam mana lar orang sakit tu nak sehat.
hari-hari asyik dok hirup asap rokok je
aleh2 mati bukan sebab ape,tapi sebab lung prob..
rasanyer kat kotak rokok tu ada je tulis bahaya merokok
tapi kenapa lar benda tu tak bley nak masuk dalam otak..haih

kalau kat mall plak ada je tempat smoking area
tapi kenapa lar nk jugak merokok merata-rata
pergi lar masuk smoking area tu then sedoot lar berapa batang yang korang suka
ni tak, nak jugak merokok kat sana sini.
menyusahkan orang lain tau!!
yang orang lain dok hirup asap rokok korang tu pun bley mati.

semua ni takkan jadi kalau korang ikut peraturan yang dah ada
dan untuk ikut rule tu yang penting adalah SIKAP
tolong lar ubah sikap anda.
jadilah orang yang mudah diatur
jadilah orang yang berdisiplin
jadilah orang yang ikut peraturan yang dah ada
ni bukan untuk kepentingan satu pihak..
tapi untuk kepentingan semua orang..


Apr 2, 2010

~department FORENSIC~

first of all sebelum saya mulakn bebelan saya kali ni
jom kita sedekahkan al-fatihah pada yang telah meninggal dunia
semoga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman
dari ALLAH lah kita datang dan kepada ALLAH lar kita kembali.
setiap hari pasti ada yang lahir dan ada juga yang akan meninggal dunia.

sekarang saya dah dua minggu dekat department ni
so setiap hari ada je jenazah yang dibawa masuk.
samada untuk diperiksa or tak.
ada yang just buat pemeriksaan luar.ada yang tak perlu pemeriksaan
semua tergantung pada polis.
kalau polis mintak kita buat pemeriksaan luar or otopsi baru lar kita akan buat

First day kat department ni terus dapat tengok senior buat otopsi
disebabkan ktorang ni baru masuk, so ktorng hanya bley melihat je lar
then masuk 2nd week baru ktorng bley buat otopsi
first day tu x tahan dengan aroma-aroma die
tp bila masuk hari kedua n berikut nyer dah ok lar..
hidung ni dah bley beradaptasi ngan aroma-aroma tu.
tengok pakcik-pakcik/dokter yang keje kat situ selamba je xpakai mask
ye lar dah tiap-taip hari berhadapan ngan jenazah so hidung pun dah lali ngan aroma-aroma tu

Dalam dua minggu ni, saya dapat buat satu otopsi.
Penat wooo buat otopsi
Semua kita kena tengok and periksa sebab kita nak cari tau sebab kematian die
Start dari respiration sampai lar urogenital, semua kita kena check
Dan yang x larat tu kita buat sambil berdiri.Buat otopsi tu bukannya sekejap.
So bayangkan lar kena berdiri 2-3 jam, mana tak penat kan
Ada lar beberapa yang x tahan dan ada gak hampir pengsan wat otopsi haritu

Selain otopsi tu ktorang kat department forensik ni dapat gak chance untuk pergi ke tempat crime scene tapi bila dipanggil oleh polis lar.
Tapi untuk ke TKP haritu saya x dapat pergi cz ada beberapa sebab.
Bukan semua boleh pergi,hanya beberapa orang je.Takpe lar bukan rezeki..
Kalau nak tau kat sini crime scene tu dipanggil TKP@ tempat kejadian pekara.
Untuk ke TKP jarang lar cz bila polis mintak kita ke TKP baru lar kita akan pergi.

In two week ni ada macam2 kes lar kitorng dapat
Ada kes mangsa tenggelam, kena shock elektrik, and paling gerun skali kes bunuh.
Selama dua minggu ni ada 3 kes bunuh.
Ada yang x kepala, kena tikam 10 kali semata-mata untuk merompak.
lagi satu kes tu seorang nenek dibunuh semata-mata cicin yang tak seberapa
haih dunia-dunia..
kenapa lar bley ada orang yang tak berhati perut macam nih..

now tinggal lagi dua minggu untuk saya dok dekat department ni
next week saya dah start exam otposi and minggu berikutnya exam medikolegal
sekarang dok sibuk(x sibuk mana pun) kena siapkan makalah.
dah lar dapat tajuk yang bagi saya agak susah
tajuk die:
"peningkatan mutu pelayanan kesehatan bagi masyarakat menurut undang-undang No 36 tahun 2009"
macam nak amik law plak, tp tak pe lar try je lar buat kan.

ok,tu je lar bebelan saya pasal first department saya.
doakan saya berjaya habiskan department ni tanpa ape-ape masalah yek
saya exam next week so doakan saya exam dengan dokter yang baik dan murah hati dengan marks..heehehee




Mar 30, 2010

:#: PaGi-Pagi diTimPa MalaNg :#:

harini hari malang bagi saya..
tapi x lar sepanjang hari malang
cuma pagi tadi je.
dikatakan malang sebab pagi-pagi buta saya mengalami satu kemalangan/kecelakaan berat/seriuse (erm seriuse lar sgt)
tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH masih sayangkan saya..hehehe

ayat macam teruk je tapi acty tak lar teruk sangat pown
sebab saya masih boleh beraktiviti macam biasa.
masih mampu berjalan cuma kadang-kadang je lar sakit
and bila duduk kena duduk sebelah %$#@&
sebab sebelah %$#@& lagi sakit...huhuhu (T_T)

okey, mai saya ceritakan ape yang sebenarnya berlaku pagi tadi..
pagi tadi terjaga seawal jam 3.30 pg.
then baru teringat belum solat ISYAK lagi
sebab tertido malam tu depan TV gara-gara penat buat otopsi siangnya
then setelah selesai menunaikan kewajipan tetiba perut buat hal lar plak
pagi-pagi tu gak lar die nak meragam kan..
then turun lar nak ke toilet dalam keadaan TERGESA-GESA..
untuk pengetahuan anda, bilik saya kat atas and tangga untuk turun ke bawah kecik je
jangan bayangkan seperti rumah anda di MALAYSIA ok!!
rumah sewa saya ni kecik je dan sewa pun hanya berdua..harap dapat anda bayangkan ok
rumah kat sini tak lar macam rumah-rumah kat MALAYSIA.
tp apepun syukur alhamdulillah lar, sebab rumah ni ok and harga sewa die pun x lar mahal sangat.
sebagai mahasiswa, saya masih mampu lar..

ok back to the main story..
ok dalam keadaan TERGESA-GESA tu saya turun lar tangga yang agak sedikit curam
dan tangga yang agak sempit..
disebabkan tergesa-gesa nak ke toilet saya tergelincir dan jatuh dari tangga ke-3 ke lantai...
bley tahan tinggi gak lar..
erm ape lagi tergolek lar saya pagi tu kat depan toilet.(macam nangka busuk jatuh pon ada gak)
lama lar jugak saya terduduk depan toilet tu..
sakit tak bely nk bangun..
rasa nak nangis dah time tu..tapi takpe2 waktu tu bley tahan lagi
so dalam 3-4 minit lepas tu baru lar saya bley bangun n masuk toilet
waktu ALLAH je lar yang tahu sakit die..
numb sekejap %$#@& saya.
dan pagi tu nak solat subuh punya lar susah sebab x bley nak duduk..

pagi tu ke kelas as usual..
tp susah sikit lar nk duduk sebab sakit n sampai sekarang masih sakit.(sikit2 je lar)
hai ape lar nasibku hari ni..malang sungguh
naib baik tak teruk.cuma sakit dan lebam %$#@&..
tak dapat lar saya bayangkan kalau saya patah kaki ke ape ke..
parah saya jawabnyer..
semoga %$#@& cepat baik n x sakit-sakit..
susah oooo nk duduk..huhuuhu

moral of the story:
apepun jangan lar tergesa-gesa dan berhati-hati lar dalam ape pun
sebab malang tak pernah berbau sebelumnya..hehehe

Mar 26, 2010

#~#dicintai tuk disakiti #~#

Hanya air mata
Dan sesal kurasa
Di depanku kau bercinta

Kau ingkari janjimu
Tuk setia bersamaku
Kini kau bunuh hatiku

Ku tak ingin dengar ratapanmu
Dan ku tak kan lagi menyentuhmu
Pergi dan jangan kembali
Ku ingin sendiri

Perjalanan panjang cinta kita
Sekejap kau hancurkan slamanya
Inikah takdir untukku
Dicintai tuk disakiti

Ku tahu kau masih sayang
Dan menyesali sgalanya
Ooh sayang maaf ku tak bisa

Jangan kembali
Ku ingin sendiri

Mar 21, 2010

:+:merenung kembali:+:

Semalam sebelum memejamkan mata untuk beradu.
Sempat lar saya berfikir untuk beberapa menit..
dan kita memang dituntut sebelum kita tidur,
kita perlu memuhasabah diri kita walaupun sekejap
ape yang dah kita lakukan untuk hari itu
dan semalam banyak plak yang saya fikirkan antaranya,
macam manalah kehidupan saya untuk hari-hari kedepan..
adakah baik2 saja or penuh dengan dugaan hidup.
kalau baik2 saja bukan nama kehidupan lar kan.
hidup biasa lar, macam roda kejap kat atas, dan kejap lagi kita ada kat bawah..
semuanya dah diatur dengan baik oleh ALLAH SWT.
DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya..

kita tak tahu apa yang akan jadi kedepannya,
so apa pun yang akan terjadi saya bersyukur dengan apa yang saya dah jalani selama 22 tahun ni. saya bersyukur:
1) saya dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN
2) hari ni saya masih lagi hidup didunia ni dengan sempurna akal fikiran, dan sihat tubuh badan
3) hidup dengan kasih sayang dari ALLAH SWT
4) saya dikurniakan ibu,ayah dan family yang sangat menyayangi saya apa adanya
5) diberikan kesempatan dan peluang untuk saya belajar medic even sebenarnya result saya tak lar bagus mana
6) diberikan rezeki untuk dapat scholar
7) kawan-kawan yang faham saya dan entiasa menceriakan hari2 saya.
8) untuk segala tawa, gembira, sedih dan air mata selama ni kerana ia banyak mengajar saya tentang sesuatu..

Ye lar terkadang kita ni lupa atas segala nikmat yang ALLAH dah berikan pada kita
Kita selalu merasa tak cukup atau tidak puas dengan apa yang kita dah ada.
Dan kita gak jarang untuk berterima kasih pada ALLAH SWT atas nikmat yang DIA berikan pada kita tanpa minta bayaran.
Cuma hanya meminta kita patuh dan taat pada suruhanNYA
tak payah lar susah-susah tengok pada orang lain, saya sendiri ni jugak kadang-kadang lupa untuk bersyukur.
Jsdi hari ni, walau apa pun yang saya ada
saya merasa bersyukur pada ALLAH SWT atas segala apa yang telah KAU berikan..
hanya kerana DIA lah saya dapat apa yang saya ada sekarang