Dec 9, 2011
be positve +++
Dec 8, 2011
saat diri hampir tersungkur
Jom kita baca artikel ni..
thanks kepada k.nur untk artikel ni..
sangat membasahi jiwa terutama time kita tengah dalam kesulitan..
tapi perlu kita ingat bukan hanya bila kita dalam keadaan sulit baru kita ingat ALLAH..
tapi kita perlu sentiasa megingatinya dalam setiap hembusan nafas kita.
dari mula kita membuka mata di pagi hari sehinggalah kita ingin menutup mata malamnya...
'"Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.'
~Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A~
kesulitan dan kesusahan.
setiap kesulitan yang kita hadapi bukan bermakna ALLAH tak sayang kita.
ataupun sengaja nak menguji kita.
tapi ingatlah setiap dugaan dan kesulitan yang dihadapi adalah kerana ALLAH terlalu sayangkan kita.
ALLAH terlalu rindukan kita sujud dan meminta kepadaNYA sehingga DIA terpaksa memberikan kita kesulitan.
sebab DIA tahu yang hambanya selalu akan mengingatinya terutama bila dah dalam kesulitan..
so, jangan sedih dan berputus asa, tapi ambillah ia dalam positive way.
setelah baca artikel ni marilah sama-sama kita fikirkan,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Maksudnya: Dan boleh jadi, kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang Allah tidak mengetahui. ( Al-Baqarah: 216)

Maksudnya: “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?( Al-Ankabut:2)
Dalam ayat yang ana nyatakan di atas, secara terang Allah memberitahu kepada kita, bahawa setiap sesuatu yang Allah limpahkan,yang Allah berikan dan Allah timpakan kepada kita semuanya adalah baik untuk kita. Setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi yang Allah sahaja maha mengetahuinya. Kita pasti akan rasa sedih, kecewa apabila sesuatu yang kita idamkan dan kita ingini tidak dapat kita peroleh, lalu terdetik dalam hati kita, kenapa mesti kita yang ditimpakan ujian seberat ini, dan kadangkala kita menyalahkan orang lain atas sesuatu yang tidak dapat kita kecapi.
Namun sedarkah kita, bahawa setiap yang Allah tentukan untuk kita adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita…Dan setiap yang baik dan buruk itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Ana teringat kata-kata seorang sahabat, “ Biarlah menangis dalam keadaan dekat kepada Allah, daripada ketawa dan gembira yang melupakan Allah”.
Ana dikelilingi dengan sahabat-sahabat dan rakan taulan yang diuji dengan pelbagi ujian…Diuji dengan masalah keluarga, diuji dengan masalah akademik sehingga kadang-kadang mereka hampir jatuh tersungkur….walaupun kadang-kadang mengalir juga air mata kerana kesakitan, tapi bagi ana menangislah jika itu akan melegakan. Setiap titisan air mata yang mengalir kerana kesusahan dan bersabar dengan ujian Allah itu, moga-moga Allah bayar setiap titis air mata kita di akhirat kelak.
Masya Allah, hebatnya mukmin itu, apabila dia hampir tersungkur, tetapi jika dia kembalikan segalanya kepada Allah, seakan ada satu aura ketenangan yang mengalir dalam diri, satu sumber kekuatan untuk dia bangkit kembali…
Bacalah Al-Quran..
Kerana dalam Al-Quran ada penawar bagi segala penyakit, penawar bagi segala kekusutan dan makanan rohani untuk kita…kerana kadangkala, rohani ini kita ini sudah terlalu lama kekeringan dan kekontangan, jauh dari Allah…
Dan saat kita diuji itulah…
Tanpa kita sedar…kita kembali kepada Allah…

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)

“ iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( Ar-Ra’d: 28)

“ Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu palajaran ( A-Quran) dari TuhanMu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”( Yunus: 57)
Wahai hati-hati yang kekusutan,
Wahai hati-hati yang kekeringan,
Kemblilah kepada pencipta hati itu,
Kerana Dia lebih mengetahui akan ubatnya…..
Ingatlah ayat Allah yang berbunyi, jika kita lupa kepada pencipta kita, maka Allah akan melupakan diri kita……
Di kala kita sibuk mencari penawar kepada pelbagi krisis jiwa hari ini, kita memilih untuk menyelak teori-teori barat, sedangkan penyelesaiannya telah lama Allah titipkan buat kita.
iaitu Al-Quran…
Bacalah….
Bacalah…
Bacalah…
Moga hati yang bengkok itu lurus kembali..Amin.
Dec 2, 2011
~26.11.2011~
Ini adalah beberapa info mengenai berkhatan yang saya dapat and saya share dekat sini. tidak seberapa tapi semoga bermanfaat. jika ada info yang saya share disini salah jangan lar segan silu untuk menegur and membetulkan apa yang salah.
Dec 1, 2011
warming up..
dengan izinNYA saya dapat kembali menulis atau lebih tepat lagi menaip yang mungkin nilainya tak seberapa di dlm blog kesayangan ni.
nak kata pandai menulis tu tak lar..
mungkin banyak lagi blog2 lain yang lebih bagus dari blueberry saya ni kan.hehe
tp saya harap apa yang saya tulis dapat sedikit sebanyak dapat dikongsi dan bermanfaat untuk orang lain yang membaca..
dulu, awal pembabitan dalam dunia blog ni adalah sesaja je.
tgk orang lain ada blog, terasa diri ni nak berblog lar plak..
dan pada waktu tu takda tujuan yang betul pun.
dan klu pembaca baca post2 dulu2 banyak yang merapu.hahaha..
lebih tepat lagi macam tak bermanfaat je untuk dibaca...=D
klu tengok nama blog pun boleh tahu...
tapi saya harap, dengan masuknya kita ke tahun baru 1433H beberapa hari yang lepas,saya harap blog ni pun dapat berhijrah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik, dan dapat bermanfaat untuk orang yang membacanya..
lama menyepi bukan sebab apa, tapi ada masalah dengan email sampai tak dapat nak login.
tp alhamdulillah, harini dapat jugak melepas rindu pada blueberry kesayangan saya ni..
dan dengan izinNYA jugalah saya dapat kembali menulis kat sini..
banyak yang dah terjadi dari post saya yang terakhir sehinggalah post yang terbaru ni..
antara yang paling besar adalah, saya dah pun dah ada di tanah air terchinta ni.
setelah hampir 6 tahun mencari ilmu di negara seberang..
alhamdulillah syukur pada yg ESA.
tak tergambar rasanya apa yang saya rasa..
dan dengan itu juga lar saya mengisytiharkan saya seorang penganggur buat masa sekarang.
dah dekat 2 bulan menjad seorang penganggur
sementara menunggu untuk posting kemana saja yg akan di hantar..
saya harap semasa saya jadi penganggur ni saya tidak menjadi semakin malas,
tidak menjadi seorang yang setiap harinya hanyalah sia-sia..
tidak menjadi seorang yang lemah akibat dari malas.
tetapi seorang yang mencari kekuatan untuk berdepan dengan hari yang semakin mencabar kedepannya.
menjadi seorang yang berguna dan bukan sia-sia walaupun hanya kepada keluarga saya.
dapat menggunakan masa pengangguran dengan sebaik-baiknya tanpa membiarkan hati saya kering macam tu saje..
cukuplah ini sebagai aktiviti pemanasan bagi blueberry yang dah lama tido.
insyaALLAH akan mengupdate lagi setelah ini.