Nov 26, 2009

salam aidiladha

salam aidiladha

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


bagi sesiapa yang x balik dan beraya diperantauan
jangan sedih
ikhlaskan hati=)

Nov 19, 2009

fRieNDs

HAK SEORANG KAWAN :
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...
to all my friends
tak kira lar siapa pun anda
tapi yang mengenali diri ini
terima kasih kerana sudi menjadi kawan,sahabat,teman yang baik untuk saya..
sorry if i'm not such a good friend for you

jeng jeng jeng

jeng jeng jeng
baru je abis obgyn minggu ni terus dapat HOT NEWS
berita TERGEMPAR

berita yang x dinanti nanti
beritanya adalah jadual exam final saya dah kuar
yeayyyyyyyyy (T_T)
stress saya akan bermula sebentar lagi..


final exam start 14/12 until 24/12
dan yang paling best nyer adalah
exam setiap hari n 2 paper/day
tp actly exam hanya satu minggu
minggu yang satunya lagi repeate paper.

hopefully sem ni x lar sampai kena SP(short sem)
moga2 sem ni i'll get good result~amin


so to all my friends
all da best!!
good luck semua




surah AL -INSYIRAH:

1-Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)

2-dan Kami pun telah menurunkan beban darimu

3-yang memberatkan punggungmu

4-dan kami tinggikn sebutan (nama)mu bagimu

5-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

6-sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

6-Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain

7-dan hanya kepada tuhanmulah tempat kamu berharap

Nov 14, 2009

homesick-->need to sTudy

rasa macam nk packing all my stuff
then g airport balik MALAYSIA
miss my family
miss all malaysian food
dari kuih--nasi--lauk--pokoknya semuanyer lar
rasa nak makan semua..hohoho

best nyer..nyumnyum



but i can't



need to study
exam just around da conner
so,dah kena start study
notes dah bertimbun macam gunung



sedarlah wahai zafirah!!
bangunlah wahai zafirah!!
jangan bermimpi je exam lambat lagi
so after this go--->study





Nov 12, 2009

O&G..

Sem 6 & Sem 7 blajar preklinik
dalam dua sem ni kami didedahkan pada patient..
(persiapan untuk praktikal next sem --hopefully)
so mula-mula kami just kuliah sahaja untuk lebih kurang 2-3 bulan
then baru ada clerkship (praktikal) dan seterusnya final exam
kitrng ada praktikal for major lab only
so major lab for this sem: obgyn u surgical

1) kuliah
amat membosankan dan memenatkan
kuliah dari pagi sampai petang
start 7.30 pagi habis 1.30 ptg
direct class,rest just about 10 minute..
penat sebab duduk semata-mata
naik kematu $%^&
bosan cz dengar je lect dan boleh sampai tertidur

2)clerkship
best/intersting/menarik
x kuliah,just ada responsi/diskusi dengan dokter
time ni ktorng diberi pengenalan untuk praktikal nanti
tapi masa clerkship ni
kita masuk ke ruangan2,jumpa patient(but just observasi je),baca status patient,& ada tugas jaga

3) final exam
paling x best dalam semuanya
time ni mula lar cuak/gelabah/gabra
cz banyak x study lagi..
ada 7 subject
exam tiap2 hari
soklan plak cam susah2 je
(klu senang dak tadika pun bley jawab..ape da!!!)

dah melalut dah nih..hehehe..
back on track!!ok kali ni nak cite pasal clerkship
skang saya di obgyn untuk 2 minggu dan kemudian surgical plak 2 minggu
untuk clerkship sem ni saya telah dicampakkan..
bukan dicampakkan ape pun..juz x satu group ngan dak msian yang lain
saya ngan sorang lagi(huda) dicampakkn masuk ke dalam group lain..
sama gak nasibnya ngan nad n aiman..
student msia yang lain dalam satu group
tp xpe lar,mula2 diterima dengan hati yang berat
tapi lepas tu ok lar..
best gak satu group ngan student2 indonesia..
kali ni saya dimasukkan ke group A..hohoho

so hari first2 clerkship saya terus dapat tugas jaga..
untuk tugas jaga obgyn kena masuk/jaga di kamar bersalin/VK
ada 2 shift-->2.00pm-10.00pm & 10.00pm-6.00am(weekdays)
saya kena first shift so dari 2.00pm-10.00pm
abis je siang tu terus sambung ngan tugas jaga plak..
satu shift around 5-6 orang



first time masuk VK tu takut2 gak.
ye lar,rasa macam x tahu pape je.
x tahu nak tanya ape/buat ape
nasib baik lar ada DM baik & PPDS yg sempoi yang jaga waktu tu
diorang lar yang tunjuk and banyak ajar waktu time jaga
so time jaga tu ktorng diajar leopold,check djj(denyut jantung janin)& VT
patient time tu banyak juga lar
patient dalam VK semuanya dengan usia kehamilan >38 minggu
atau dalam kata lain dah nak bersalin
alhamdulillah time jaga tu sempat/dapat tgk 2 persalinan normal
and ada 3 patient yang SC
tp each patient SC tu hanya bley 1 orang je yang ikut ke ruang operation
saya x dapat tengok
sedih gak x dpt tgk SC but its ok waktu DM nanti insyaALLAH still ada peluang..


waktu tgk persalinan normal..
dapat lar tgk actly macam mana sesorang tu melahirkan
macam mana prosesnya,ape yang dikatakan dengan air ketuban,uri tu ape sebenarnya???
dan bila dengar je baby tu menangis kita yang hanya melihat ni pun rasa happy,seronok,bahagia..
kita dapat lihat even ibu tu penat & sakit tapi dia bahagia cz anak dia berjaya dilahirkan
sakit macam mana pun yang dirasakn ibu tu,die tetap berusaha untuk melahirkan anaknya

Lepas tu
terus rasa insaf n terima kasih kat mama
baru lar tahu/rasa betapa susahnya/sakitnya seseorang tu melahirkan.
betapa bangganya menjadi seorang perempuan
cz saya rasa seorang lelaki pasti x mampu untuk melalui rasa sakit yang macam tu..
dan sebenarnya perempuan tu dijadikan sebagai seorang yang kuat dan tabah walaupun senang untuk mengalirkan airmata

Jadi berasa banggalah jika anda dilahirkan sebagai seorang perempuan didunia ini
jadilah seorang yang kuat dan tabah kerana perempuan memang diciptakan untuk tabah dan kuat dalam segala hal.hormatilah ibu anda,ikutilah segala ape yang disuruh dan jangan sesekali buat ibu anda bersedih/mengalirkan air mata karena apa yang kita perbuatan

Nov 8, 2009

SuRAbaYa Sapu BerSih!!

Last saturday(7,nov) ada karnival sukan & malam kebudayaan yg dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara caw Malang..
Jadi,Kelab UMNO Luar Negara caw Surabaya pun ikut serta jugak dalam aktiviti ni.
Acara yang dipertandingkan
Bola tampar
Futsal girl & futsal boy
Badminton

Total student yang study kat UNAIR plus dari ketiga3 fakulti(medic,dentist,pharmacy) around 180 student je.Junior untuk 09 dah lar tiada,n every batch pun max 30 orang.Kalau nak dibandingkan dengan student yang belajar kat bandung or jogja amat jauh lar bezanya kan..

Even student kat surabaya ni sikit,we from surabaya still have a team for each game.tp tu lar,asyik-asyik muka yang sama je lar yang main kan..hahaha.tp tu sume x hal cz apa yang penting is surabaya won all the game..dan seperti biasanya n selalunya team from surabaya akan bolot/sapu bersih/kutip habis semua/menang semua game..so untuk karniaval sukan kali ni surabaya turun ke malang dengan semangat untuk MENANG..MENANG..MENANG.

Each team x kira lar volley girl/boy,futsal girl/boy and badminton semuanya training untuk karnival kali ni...selalunya klu petang2 susah lar kan nak jumpa student malaysia kat kampus untuk main..but because of this karnival setiap petang kampus riuh dengan student malaysia yg turun untuk training..semua team semangat untuk training-->semangat nak menang.sumenya happy cz x kira lar senior or junior,exam or x exam semuanya semangat untuk turun training..rasanya time2 macam ni je lar nak jumpa,kumpul n gelak sesama,klu x,nk jumpa pun susah cz kuliah sume lain2..ada yang kat hosptl and ada yang dekat kampus.klu jumpa pun juz sempat say hye2 then bye2..hahahaha.. Then for this time,team surabaya buat jersi warna kuning(dah macam pemain negara plak).

Dan dengan berbekalkan semangat untuk menang ni lar team surabaya menang semua game yang ada..

volley girl & boy-->1st place
badminton-->1st place
futsal boy-->1st n 3rd place
futsal girl-->3rd place

dan saya rasa bangga dan teramat lar bangga saya belajar di SURABAYA (even team futsal pompuan kalah 3rd place). Saya x pernah kisah orang nk kata apa about us yang study kat surabaya ni,tp pokoknya saya sanggat bangga untuk belajar di surabaya..xkesah lar orang kata bandung/jogja more better but for me surabaya is more & more much better.Even kami yang study kat surabaya ni sikit tp saya merasakan kami kat sini lebih kompak(bersatu/kerjasama) dari student kat tempat lain...hahahaha



~team surabaya=team malaysia=kuning~

~team futsal girl~


~team volley tgh stretching~


~surabaya vs jogja~


p/s: tx to pika for all da pic

Nov 5, 2009

...........

saya sangat..sangat penat.
dah tido lama pun still rasa penat dan ngantok(adakah disebabkan banyak tdo...hehehe)
nak study pun x semangat..
rasa macam nak cuti yang panjang..
nak rest betul-betul..
huhuhu..



~bestnyer dak ni tdo~

penat-penat pun masih mampu nak update blog..
siap letak gambar lagi...haish pe nk jadi nih..
hahahahaha
ok ok...shut down,close