Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Mar 30, 2010

:#: PaGi-Pagi diTimPa MalaNg :#:

harini hari malang bagi saya..
tapi x lar sepanjang hari malang
cuma pagi tadi je.
dikatakan malang sebab pagi-pagi buta saya mengalami satu kemalangan/kecelakaan berat/seriuse (erm seriuse lar sgt)
tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH masih sayangkan saya..hehehe

ayat macam teruk je tapi acty tak lar teruk sangat pown
sebab saya masih boleh beraktiviti macam biasa.
masih mampu berjalan cuma kadang-kadang je lar sakit
and bila duduk kena duduk sebelah %$#@&
sebab sebelah %$#@& lagi sakit...huhuhu (T_T)

okey, mai saya ceritakan ape yang sebenarnya berlaku pagi tadi..
pagi tadi terjaga seawal jam 3.30 pg.
then baru teringat belum solat ISYAK lagi
sebab tertido malam tu depan TV gara-gara penat buat otopsi siangnya
then setelah selesai menunaikan kewajipan tetiba perut buat hal lar plak
pagi-pagi tu gak lar die nak meragam kan..
then turun lar nak ke toilet dalam keadaan TERGESA-GESA..
untuk pengetahuan anda, bilik saya kat atas and tangga untuk turun ke bawah kecik je
jangan bayangkan seperti rumah anda di MALAYSIA ok!!
rumah sewa saya ni kecik je dan sewa pun hanya berdua..harap dapat anda bayangkan ok
rumah kat sini tak lar macam rumah-rumah kat MALAYSIA.
tp apepun syukur alhamdulillah lar, sebab rumah ni ok and harga sewa die pun x lar mahal sangat.
sebagai mahasiswa, saya masih mampu lar..

ok back to the main story..
ok dalam keadaan TERGESA-GESA tu saya turun lar tangga yang agak sedikit curam
dan tangga yang agak sempit..
disebabkan tergesa-gesa nak ke toilet saya tergelincir dan jatuh dari tangga ke-3 ke lantai...
bley tahan tinggi gak lar..
erm ape lagi tergolek lar saya pagi tu kat depan toilet.(macam nangka busuk jatuh pon ada gak)
lama lar jugak saya terduduk depan toilet tu..
sakit tak bely nk bangun..
rasa nak nangis dah time tu..tapi takpe2 waktu tu bley tahan lagi
so dalam 3-4 minit lepas tu baru lar saya bley bangun n masuk toilet
waktu ALLAH je lar yang tahu sakit die..
numb sekejap %$#@& saya.
dan pagi tu nak solat subuh punya lar susah sebab x bley nak duduk..

pagi tu ke kelas as usual..
tp susah sikit lar nk duduk sebab sakit n sampai sekarang masih sakit.(sikit2 je lar)
hai ape lar nasibku hari ni..malang sungguh
naib baik tak teruk.cuma sakit dan lebam %$#@&..
tak dapat lar saya bayangkan kalau saya patah kaki ke ape ke..
parah saya jawabnyer..
semoga %$#@& cepat baik n x sakit-sakit..
susah oooo nk duduk..huhuuhu

moral of the story:
apepun jangan lar tergesa-gesa dan berhati-hati lar dalam ape pun
sebab malang tak pernah berbau sebelumnya..hehehe

Mar 26, 2010

#~#dicintai tuk disakiti #~#

Hanya air mata
Dan sesal kurasa
Di depanku kau bercinta

Kau ingkari janjimu
Tuk setia bersamaku
Kini kau bunuh hatiku

Ku tak ingin dengar ratapanmu
Dan ku tak kan lagi menyentuhmu
Pergi dan jangan kembali
Ku ingin sendiri

Perjalanan panjang cinta kita
Sekejap kau hancurkan slamanya
Inikah takdir untukku
Dicintai tuk disakiti

Ku tahu kau masih sayang
Dan menyesali sgalanya
Ooh sayang maaf ku tak bisa

Jangan kembali
Ku ingin sendiri

Mar 21, 2010

:+:merenung kembali:+:

Semalam sebelum memejamkan mata untuk beradu.
Sempat lar saya berfikir untuk beberapa menit..
dan kita memang dituntut sebelum kita tidur,
kita perlu memuhasabah diri kita walaupun sekejap
ape yang dah kita lakukan untuk hari itu
dan semalam banyak plak yang saya fikirkan antaranya,
macam manalah kehidupan saya untuk hari-hari kedepan..
adakah baik2 saja or penuh dengan dugaan hidup.
kalau baik2 saja bukan nama kehidupan lar kan.
hidup biasa lar, macam roda kejap kat atas, dan kejap lagi kita ada kat bawah..
semuanya dah diatur dengan baik oleh ALLAH SWT.
DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya..

kita tak tahu apa yang akan jadi kedepannya,
so apa pun yang akan terjadi saya bersyukur dengan apa yang saya dah jalani selama 22 tahun ni. saya bersyukur:
1) saya dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN
2) hari ni saya masih lagi hidup didunia ni dengan sempurna akal fikiran, dan sihat tubuh badan
3) hidup dengan kasih sayang dari ALLAH SWT
4) saya dikurniakan ibu,ayah dan family yang sangat menyayangi saya apa adanya
5) diberikan kesempatan dan peluang untuk saya belajar medic even sebenarnya result saya tak lar bagus mana
6) diberikan rezeki untuk dapat scholar
7) kawan-kawan yang faham saya dan entiasa menceriakan hari2 saya.
8) untuk segala tawa, gembira, sedih dan air mata selama ni kerana ia banyak mengajar saya tentang sesuatu..

Ye lar terkadang kita ni lupa atas segala nikmat yang ALLAH dah berikan pada kita
Kita selalu merasa tak cukup atau tidak puas dengan apa yang kita dah ada.
Dan kita gak jarang untuk berterima kasih pada ALLAH SWT atas nikmat yang DIA berikan pada kita tanpa minta bayaran.
Cuma hanya meminta kita patuh dan taat pada suruhanNYA
tak payah lar susah-susah tengok pada orang lain, saya sendiri ni jugak kadang-kadang lupa untuk bersyukur.
Jsdi hari ni, walau apa pun yang saya ada
saya merasa bersyukur pada ALLAH SWT atas segala apa yang telah KAU berikan..
hanya kerana DIA lah saya dapat apa yang saya ada sekarang







Mar 20, 2010

$$manage ur money$$

alar harini dah hari sabtu
esok dah AHAD..
TIDAKKKKK!!!
esok is da last day untuk saya berholiday
hari last untuk bersenang2 dirumah dan untuk bermalas-malasan dirumah
cz next week saya dah start my duty as DOKTER MUDA
dimulakan dengan lab FORENSIC..
(macam lar bz sgt,tgk2 x bz pown.hehehe)
buat kecoh je zafirah nih
senyap2 suda...

ok..ok
back to the main topic
actly saya nk cerita pasal berjimat cermat..
bukan buang tebiat atau apa
tapi sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri juga
n from now on saya kena berjimat cermat!!!
sebabnya merasakan diri ini terlalu boros
dan tidak berapa pandai untuk manage duit sejak kebelakangan ni
ntah tak tahu pasal ape..
so jom kita amalkan beberapa tips ni
mudah-mudahan ni dapat bantu..

1) listkan perbelanjaan kita seminggu or sebulan yang lepas
klu boleh,cuba kita ingat2 balik apa yang kita dah beli or belanjakn wang kita seminggu or sebulan yang lepas and then kita listkan. Ni adalah supaya kita dapat tahu or detect kemana pergi/hilangnya wang kita. So at the same time kita dapat lihat perbelanjaan kita bulan/ minggu tu dan seterusnya kita dapat merancang perbelanjaan kita untuk selanjutnya. Beside that kita gak dapat nilai diri kita sendiri samada kita ni boros atau tidak.

2) buat budget bulanan/mingguan
setelah kita lihat perbelanjaan kita sebelumnya barulah kita boleh nk meletakkan budget untuk bulan berikutnya.kalau kita tak tahu sebelumnya,macam mana kita nk letakkan budget. Nanti mesti tak cukup or kadang-kadang terlebih plak..

3) listkan barang-barang yang nk dibeli mengikut keperluan
untuk menunjang kelancaran dari no 2, kita perlu buat no 3 ni. Ni supaya kita tak akan lebih dari budget yang kita dah tetapkan. Listkan barang-barang yang kita nk beli. Lihat pada keutamaan die. Yang mana lebih penting tu yang kita utamakan. Kalau setakat benda-benda yang dirasakan tidak penting sebaiknya kita tunda dulu..nanti bila ada rezeki lebih barular kita beli. Bukan apa, ni supaya kita tak lebih dari budget yang kita dah tetapkan.

4) Senaraikan barang yang sudah ada..
sebelum nk bershoping kita listkan atau kalau malas kita ingat-ingat balik barang-barang yang kita da beli. Kalau kita tak buat macam ni ditakutkan kita akan membeli barang yang sama padahal kita dah punya barang yang sama persis. Ni jugak dapat mengelakkan kita dari membazirkan. Buat apa nak beli benda yang sama if kita dah ada.

5) shopping dengan list barang yang dah dibuat
Siapa yang tak suka shopping betul tak?!?!, saya pun termasuk dalam golongan yang suka shopping. Dan perempuan sinonim dengan perkataan shopping ni. Kalau boleh dok kat mall tu berjam2 pun takpe. Selagi tak dapat ape yang die nak xsah. So untuk berjimat cermat and tidak membazir masa yang ada, apa kata kita listkan barang yang nak dibeli.

6) Bijak berbelanja
Kita sebagai pengguna (ayat macam ape je..hehehe) kita kenalah bijak untuk berbelanja.
Bukan asal beli je barang-barang tu tanpa berfikir. Kita bandingkan lar harga terlebih dahulu. Kalau kat tempat lain lebih murah kenapa perlu membazir beli yang mahal..Selain harga kita tengok jugaklah pada kualiti barang tu. Memanglah murah tp kalau tak berkualiti nak buat ape. Rugi je, cz nanti bila cepat rosak kita kena beli lagi yang baru yang pada akhirnya sama je harga dengan barang yang agak sedikit mahal, tapi kualitinya lebih bagus.

7) Keluar bila perlu
Keluar disini bermaksud hangout dengan kawan-kawan. Hangout dengan member2 bukannya tak boleh, bukan sampai tak perlu keluar langsung. Ye lar, nanti kalau asyik terperap je kat rumah tension plak kan. Kalau tak pun nanti dikatakan sombong or kera sumbang plak. Tapi kalau nak hangout pun jangan lar tiap2 hari, kalau macam tu anak jutawan pun boleh jadi kayap.. Keluar lar bila dirasakan perlu. Dan sebelum tu rancanglah sebaik-baiknya (maksudnya perbelanjaan). Sebab selalunya bila keluar ni ada je benda yang xpatut dibeli kita beli dan if x beli barang pun selalunya setiap kali keluar tu mesti lar kita akan menggunakan duit untuk transport,makan or ape2 je lar yang sewaktu dengannya. So thats why kita kena rancang sebaiknya sebelum kita keluar.

8) Makan dirumah
Kalau yang no 8 ni tergantung pada individu lar kot. Bagi yang boleh masak untung lar kan boleh masak sendiri kat rumah. Tapi bagi yang kurang boleh memasak pun xsalah kalau nak try. ye lar selain jimat ni jugak dapat meningkatkan skill memasak kita..hahaha..Alar xperlu masak yang susah2 juz yang simple dan boleh diterima oleh tekak kita tu pun dah ok. If kita makan kat rumah, kebersihan die kan terjamin. Selain tu, boleh menjaga kesihatan cz selalunya kedai2 makan kat luar tu guna penyedap makanan(MSG). Tapi sekali sekala boleh lar jugak kalau nak makan kat luar. Bosan lar jugak kalau asyik dok makan kat rumah je kan..sian jugaklar kan kat restoran2 makan if semua orang makan kat rumah. bley bankrup kalau macam tu..tp itu lar, jangan lar selalu..

9) Public Transport
Buat ape nak berbelanja lebih kalau ada yang lebih murah.hahaha.... So kita boleh jimat wang transport kita dengan menggunakan public transport yang dah disediakan. cthnya bus,LRT, dan kalau kat indon ni ada yang dipanggil angkutan/bemo. Kita juz bayar rp3k or rp2.5k untuk ke mana2 tempat tak kira lar jauh or dekat.(pokonya public transport yang murah dan terjangkau lar).

10) Disiplin
Dan yang terakhir dan saya rasa agak penting adalah disiplin. Untuk berjaya bejimat-cermat yang penting adalah kita perlu disiplin. Disiplinkan diri dalam berbelanja. Jangan berbelanja mengikut nafsu semata-mata cz nanti diri kita juga lar yang rugi

ok lar, rasanya dah banyak dah tips2 saya senaraikan
tips ni bukanlah untuk orang lain tp ia juga untuk diri saya sendiri jugak
semoga kita berjaya manage wang kita supaya tidak membazir, boros, dan berhutang

Mar 16, 2010

= HaKIkAt SeBenAr =

hari ni rasa macam nak story tentang diri saya..
hari ni nak buang tebiat kejap..hahaha
fakta benar lagi akurat yang saya nk story tentang diri saya adalah
saya seorang yang senang MENANGIS..
saya seorang yg senang untuk mengalirkan air mata...
sampai satu hari kengkawan gelar saya ni ratu air mata..hahhahaha

baru je menyedari tentang hakikat ni..
sebab sebelum ni saya merasakan yang saya ni kuat @ dalam kata lain susah untuk menangis
tp setelah dihitung2 dan diingat balik
akhirnya saya menyedari yag saya ni memang suka menangis
hahahaha...malu sekejap

ingatkan diri ni kuat lar sangat,rupe2nye x sama sekali
luar mungkin nampak saya ni agak kasar,garang(tu x dinafikan) dan keras
tp dalamnya saya sangat lembut(bukan sopan yek..) sangat rapuh(hahaha.xbley bla)
sangat mudah untuk menitis dan mengalirkan air mata..
kadang2 sebab kecik pun saya bley menagis

okey, skang saya story skit ape bley membuatkan saya ni cepat menangis..
salah satu sebab saya ni cepat menangis
adalah, saya ni seorang yang cepat gelabah/panik tentang satu2 hal
(expecially/selalunye sebab study)
klu x pun, saya akan nangis bila saya ada buat something wrong
saya ni cepat takut..takut kalau saya x bley nak settelkan
panik tu mengtrigger saya untuk takut dan seterusnye menangis
ye lar waktu panik ngan takut tu kan x boleh nk berfikiran jernih
dan setelah menangis dan tenang baru lar saya bley berfikir dengan baik da jernih
kadang2 lepas nangis tu, bila difikirkan balik
kenapa lar saya menangis disebabkan hal yang kecik dan hal yang boleh disettelkan
tp nk buat macam manakan cz itu lar diri saya..

selain daripada saya nih cepat panik dan takut
saya ni senang menangis bile pasal family..
hal skit je yang x baik pasal family or if there is any family prob,
automatically saya terus je menangis
for me, my family is everything..
saya ni bukan seorang yg homesick,
so klu setakat jauh ngan family tu xlar sampai akan membuatkan saya menangis
mybe sebab dah lama dok hostel, so rasa homesick tu jarang lar
klu rindu tu,rindu lar gak kat family
tp x lar sampai nangis..

saya menangis bila saya ada prob
sebab susah untuk saya ceritakan pada sesiapa
dan saya rasa saya x tahu nak cerita kat siapa
saya x suka cerita kat mama..
ada je yang saya storykan dengan mama but bukan semua
cz saya xnk susahkan mama n sometimes xnak buat mama risaukan hal saya
saya x cerita kat kawan2 saya cz saya rasa malu.
biarlah saya menjadi tempat diorang untuk bercerita if diorang ada masalah
bukan sebab ape,tp saya xnk lar sshkan kawan2 saya kan..
dan saya rasa saya bley nk settelkan prob saya tanpa saya ceritakn orang lain
sesusah mana saya mesti akan selesaikan benda tu sendiri
n bile mendesak barular saya akan mintak tolang/pendapat orang lain
so bile dah menangis tu rasa lega sangat,
rasa semua masalah saya hilang walaupun sebenarnya x
bila da habis nangis tu saya rasa happy, then barulah saya bley tersenyum

bagi saya menangis tu sesuatu yang membuatkan saya rasa lega
sesuatu yang dapat membantu saya mencari solution...hahaha
kelakar btl nurul zafirah ni kan..
tp sebenarnya itulah hakikat tentang diri saya..
dan setelah baca satu artikel saya tahu satu hal yaitu
menangis juga mempunyai nilai dan harganya tersendiri..
kerana ALLAH menciptakan tawa dan air mata

:+: already gone :+:

Remember all the things we wanted
now all our memories they're haunted
we were always meant to say goodbye
even with our fists held high
it never would have worked out right yeah..
we were never meant to do or die

i didn't want us to burn out..
i didn't come here to hurt you now i can't stop..

i want you to know
it doesn't matter where we take this road
someone's gotta go
and i want you to know
you couldn't have love me better
but i want you to move on
so i'm already gone..

looking at you makes it harder
but i know that you'll find another
that doesn't always make you wanna cry
it started with the perfect kiss then
we could feel the poison set in
"perfect" couldn't keep this love alive
you know that i love you so
i love you enough to let you go

i want you to know
it doesn't matter where we take this road
someone's gotta go
and i want you to know
you couldn't have love me better
but i want you to move on
so i'm already gone..

i'm already gone..i'm already gone..
you can't make it feel right
when you know thats it's wrong
i'm already gone, already gone..
there's no moving on
so i'm already gone..

ahhhhh already gone, already gone, already gone..
ahhhhh already gone, already gone, already gone..

remember all the things we wanted
now all our memories they're haunted
we always meant to say goodbye

i want you to know
it doesn't matter where we take this road
someone's gotta go
and i want you to know
you couldn't have love me better
but i want you to move on
so i'm already gone..

i'm already gone..i'm already gone..
you can't make it feel right
when you know thats it's wrong
i'm already gone, already gone..
there's no moving on
so i'm already gone..

Mar 15, 2010

o.0 hujan kemarin 0.o

kemarin ku dengar
kau ucap kata cinta
seolah dunia
bagai dimusim semi

kau datang padaku
membawa luka lama
ku tak ingin seolah
semua seperti dulu

tak ingin lagi rasanya ku bercinta
setelah ku rasa perih
kegagalan ini membuat ku tak berdaya

tak dapat lagi rasanya ku tersenyum
setelah kau tinggal pergi
biar ku sendiri tanpa hadirmu kini lag

Mar 9, 2010

-terlebih jgn terkurang-

semalam dah ambil jubah n toga
weeeeeehhhhhhuuuuuu...
ish macam x percaya plak dah nk grad.
tinggal skit je lagi untuk habiskn zaman study..hohoho
yeay!!! tp nnt bila dah kerja mesti teringatkan zaman study kan?!?!?

semalam semangat je pergi amik jubah ngan toga
try2 toga..hehehe
nnt nk g bayar plak untuk graduation day ni..
total semua rp 571k..

n dis week my pradik da start
first day bley lar..
best lar gak..
macam g masuk seminar motivasi plak..heeeeeeeeee
lots of things i've learn from dr Agus
jadilah dc yg bekerja dengan sepenuh hati.
yang terpenting adalah tulus!!!!

post kali ni semangat terlebih-lebih plak..
mybe x sabar tunggu graduation day------>10/04/2010
xpe2 biar semangat terlebih jgn kurang..
chaiyok3!!!gambate!!!
FIGHT!!!!

Mar 7, 2010

O.o BALI pics o.O

ni ada beberapa gmbr masa saya backpack ke bali
1/03-5/03
skit je lar sy letak,..
klu nak tgk yg lain bley lar usha my fb
heeheehee

~sunset kat tanah lot..cun kan!!!~


~tanah lot-ready nk tgk sunset~



~uluwatuh~

~muka penat n da x larat nk jalan~

~petang di pantai kuta~

~memorendum pengebomman bali~

jalan2 area kuta



Mar 6, 2010

backpack to BALI

trip nk g bali dah lama plan,tp slalunye hanya plan je lar.jadinya tak jugak.
ktorng pernah plan nk ke bali sejak sem 2 lagi..
tp tu lar tak kesampaian gak..
member sume dah pergi bali sampai 2-3 kali or ada yg dah sampai ke lombok
tp ktorang ni sekali pun x pernah jejak kaki kat pulau dewata ni,
bkn sebab ape,tp slalu mesti sbb x duit,x cuti,nk exam,nk blk msia n macam2 lagi lar.
lastly,alhamdulillah..
mungkin rezeki saya n kengkawan nk berjalan.
setelah mengharungi beberapa sem yg berat,
n kebetulan ada cuti sekejap sblm masuk kelas pradik minggu depan..
plan punye plan akhirnya berjaya gak lar sampai ke pulau bali
kali ni nyer journey mmg under budget lar cz memasing poket tgh kering kontang.

budget ke bali:
saya n member semua decide pergi nek travel door to door je lar
cz lebih murah daripada nak sewa kereta dari surabaya.
lagipun yg pergi cuma kami berempat {zulaika,aimi,thila n saya}
cost untuk transport PP(pergi balik) cuma rp300k/person
untuk tmpt tinggal ktorng cari yg murah je sebab nak jejalan bukan nk stay kat hotel.
so untuk 3 hari 2 malam seorang just bayar rp150k
hotel ktorng pilih kat area kuta,cz senang bley jalan2
area kuta byk gak lar hotel2 yang lebih murah dari hotel ktorng
di bali untuk berjalan2 ktorng sewa kereta+ driver+minyak kereta = rp350k/hari
ktorng sewa kereta hanya satu hari so xar banyak sgt tempat yang ktorng bley g
budget lar katakn..heeeeeee
lagipun tempat die sume jauh2 gak lar..
xcukup hanya satu hari klu nk pusing abis satu bali
so kami hanya pergi tanjung benoa, uluwatuh, ngan tanah lot

around bali
1) tanjung benoa-watersport-scuba diving
kami decide nk ke tanjung benoa cz kat situ bley main watersport.
actly bukan kat tanjung benoa je tp kat tempat lain pun ada gak
tp ntah xtau lar nape pilih tanjung benoa
ada byk lar watersport yg die sediakn.
antaranya scuba diving,snorkling,banana boat,parasaling,flying fish n so on.
bley amik per paket cz lebih murah.tgk pada kemampuan dan fulus lar kan
macam saya i just took scuba diving.tu pun agak mahal gak lar cost die
tp disebabkan x pernah try so amik je lar,bile lagi nk try..
untuk scuba diving bg sesiapa yg x pandai berenang mcm SAYA jgn risau
setiap seorang akan ada satu instruktor yg akan jaga kita.
die yg akan bawa kita menyelam ke dasar laut
before meyelam die akan ajar n terangkan serba sedikit pasal menyelam.
waktu menyelam tu bile dah sampai je kat bawah laut tu-subhanallah
its sooooooooo beautiful dan itulah kekuasaan ALLAH
x tergambar macam mana rasanyer,rasa mcm xmau naik je

ermm waktu menyelam tu mmg semuanya indah belaka
tp bila naik je balik atas boat tu,semuanye ilang..
bukan sebab ape,tp disebabkan saya motion sickness/mabuk laut
waktu turun ke laut x rasa ape,tp bile nk naik tu macam2 rasa ada..
sampai muntah2 lar..
tp ape pun tu adalah pengalaman yg paling best bagi saya n x akan saya lupakan lar
n klu ada peluang lagi,even saya ni mabuk laut saya still nk lagi scuba diving
ia SANGAT BEST!!!!!

2) uluwatuh
then after main watersport di tanjung benoa kami ke uluwatuh plak
uluwatuh is a temple..di bali temple dipanggil as a pura
jadi uluwatuh ni satu pura yg letaknyer kat tebing laut n kawasan die sangat luas.
tempat die sgt cantik,view die cun habis...
area pura ni penuh dgn monyet2.
so klu nk masuk barang2 yg dibawa harus dijaga.
nak amik gambar pun kena hati2..cz takut kena sambar ngan monyet plak.
sblm masuk mmg adat kena pakai/ikat selendang di pingang.
selendang tu dah disediakan..
selain tu untuk masuk kita x bley pakai seluar pendek..

3) tanah lot-sunset
untuk lihat sunset the best place is tanah lot.
actly kat tanah lot nih pun ada pura jugak
ada lebih kurang 4 pura kat tanah lot nih
di tanah lot ni ada byk batu2 besar n bile air laut surut kita bley lar turun berjalan.

4) pantai kuta
pantai kuta pun best gak
kat pantai kuta sesuai untuk surfing cz ombak2 die yg lumayan besar
tp ombak x lar besar sgt pun..
kami x lar mandi or berwatersport kat pantai kuta
just berjalan2 menikmati suasana pantai.hehehe..
jalan petang2 kat pantai kuta best...
klu petang2 tu ramai lar berjalan2 kat pantai kuta..
berjalan2 sambil menunggu sunset..
bile malam pun best gak berjalan2 dekat2 area pantai kuta..
best nyer bukan sebab ape tp best tgk orang2 yang ada..meriah je
tp kena hati2 lar,jgn berjalan sampai tengah malam cz byk disco2 kat sana...
so yg penting kena pandai jaga diri lar..

klu nak bercerita pasal bali mmg x abis cerita..
3 hari x cukup untuk jalan2 satu satu bali
ni first time pergi mungkin nk rasa atau nak tahu macam mana bali
klu ada rezeki lain kali bley pergi lagi
n kali ni pergi ke tempat2 yg x sempat nk pergi...huhuhu.
gmbr2 bali nnt lar saya upload next post yek..
tp klu nk tgk bley lar tgk kat facebook..heheheheeee