alar harini dah hari sabtu
esok dah AHAD..
TIDAKKKKK!!!
esok is da last day untuk saya berholiday
hari last untuk bersenang2 dirumah dan untuk bermalas-malasan dirumah
cz next week saya dah start my duty as DOKTER MUDA
dimulakan dengan lab FORENSIC..
(macam lar bz sgt,tgk2 x bz pown.hehehe)
buat kecoh je zafirah nih
senyap2 suda...
ok..ok
back to the main topic
actly saya nk cerita pasal berjimat cermat..
bukan buang tebiat atau apa
tapi sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri juga
n from now on saya kena berjimat cermat!!!
sebabnya merasakan diri ini terlalu boros
dan tidak berapa pandai untuk manage duit sejak kebelakangan ni
ntah tak tahu pasal ape..
so jom kita amalkan beberapa tips ni
mudah-mudahan ni dapat bantu..
1) listkan perbelanjaan kita seminggu or sebulan yang lepas
klu boleh,cuba kita ingat2 balik apa yang kita dah beli or belanjakn wang kita seminggu or sebulan yang lepas and then kita listkan. Ni adalah supaya kita dapat tahu or detect kemana pergi/hilangnya wang kita. So at the same time kita dapat lihat perbelanjaan kita bulan/ minggu tu dan seterusnya kita dapat merancang perbelanjaan kita untuk selanjutnya. Beside that kita gak dapat nilai diri kita sendiri samada kita ni boros atau tidak.
2) buat budget bulanan/mingguan
setelah kita lihat perbelanjaan kita sebelumnya barulah kita boleh nk meletakkan budget untuk bulan berikutnya.kalau kita tak tahu sebelumnya,macam mana kita nk letakkan budget. Nanti mesti tak cukup or kadang-kadang terlebih plak..
3) listkan barang-barang yang nk dibeli mengikut keperluan
untuk menunjang kelancaran dari no 2, kita perlu buat no 3 ni. Ni supaya kita tak akan lebih dari budget yang kita dah tetapkan. Listkan barang-barang yang kita nk beli. Lihat pada keutamaan die. Yang mana lebih penting tu yang kita utamakan. Kalau setakat benda-benda yang dirasakan tidak penting sebaiknya kita tunda dulu..nanti bila ada rezeki lebih barular kita beli. Bukan apa, ni supaya kita tak lebih dari budget yang kita dah tetapkan.
4) Senaraikan barang yang sudah ada..
sebelum nk bershoping kita listkan atau kalau malas kita ingat-ingat balik barang-barang yang kita da beli. Kalau kita tak buat macam ni ditakutkan kita akan membeli barang yang sama padahal kita dah punya barang yang sama persis. Ni jugak dapat mengelakkan kita dari membazirkan. Buat apa nak beli benda yang sama if kita dah ada.
5) shopping dengan list barang yang dah dibuat
Siapa yang tak suka shopping betul tak?!?!, saya pun termasuk dalam golongan yang suka shopping. Dan perempuan sinonim dengan perkataan shopping ni. Kalau boleh dok kat mall tu berjam2 pun takpe. Selagi tak dapat ape yang die nak xsah. So untuk berjimat cermat and tidak membazir masa yang ada, apa kata kita listkan barang yang nak dibeli.
6) Bijak berbelanja
Kita sebagai pengguna (ayat macam ape je..hehehe) kita kenalah bijak untuk berbelanja.
Bukan asal beli je barang-barang tu tanpa berfikir. Kita bandingkan lar harga terlebih dahulu. Kalau kat tempat lain lebih murah kenapa perlu membazir beli yang mahal..Selain harga kita tengok jugaklah pada kualiti barang tu. Memanglah murah tp kalau tak berkualiti nak buat ape. Rugi je, cz nanti bila cepat rosak kita kena beli lagi yang baru yang pada akhirnya sama je harga dengan barang yang agak sedikit mahal, tapi kualitinya lebih bagus.
7) Keluar bila perlu
Keluar disini bermaksud hangout dengan kawan-kawan. Hangout dengan member2 bukannya tak boleh, bukan sampai tak perlu keluar langsung. Ye lar, nanti kalau asyik terperap je kat rumah tension plak kan. Kalau tak pun nanti dikatakan sombong or kera sumbang plak. Tapi kalau nak hangout pun jangan lar tiap2 hari, kalau macam tu anak jutawan pun boleh jadi kayap.. Keluar lar bila dirasakan perlu. Dan sebelum tu rancanglah sebaik-baiknya (maksudnya perbelanjaan). Sebab selalunya bila keluar ni ada je benda yang xpatut dibeli kita beli dan if x beli barang pun selalunya setiap kali keluar tu mesti lar kita akan menggunakan duit untuk transport,makan or ape2 je lar yang sewaktu dengannya. So thats why kita kena rancang sebaiknya sebelum kita keluar.
8) Makan dirumah
Kalau yang no 8 ni tergantung pada individu lar kot. Bagi yang boleh masak untung lar kan boleh masak sendiri kat rumah. Tapi bagi yang kurang boleh memasak pun xsalah kalau nak try. ye lar selain jimat ni jugak dapat meningkatkan skill memasak kita..hahaha..Alar xperlu masak yang susah2 juz yang simple dan boleh diterima oleh tekak kita tu pun dah ok. If kita makan kat rumah, kebersihan die kan terjamin. Selain tu, boleh menjaga kesihatan cz selalunya kedai2 makan kat luar tu guna penyedap makanan(MSG). Tapi sekali sekala boleh lar jugak kalau nak makan kat luar. Bosan lar jugak kalau asyik dok makan kat rumah je kan..sian jugaklar kan kat restoran2 makan if semua orang makan kat rumah. bley bankrup kalau macam tu..tp itu lar, jangan lar selalu..
9) Public Transport
Buat ape nak berbelanja lebih kalau ada yang lebih murah.hahaha.... So kita boleh jimat wang transport kita dengan menggunakan public transport yang dah disediakan. cthnya bus,LRT, dan kalau kat indon ni ada yang dipanggil angkutan/bemo. Kita juz bayar rp3k or rp2.5k untuk ke mana2 tempat tak kira lar jauh or dekat.(pokonya public transport yang murah dan terjangkau lar).
10) Disiplin
Dan yang terakhir dan saya rasa agak penting adalah disiplin. Untuk berjaya bejimat-cermat yang penting adalah kita perlu disiplin. Disiplinkan diri dalam berbelanja. Jangan berbelanja mengikut nafsu semata-mata cz nanti diri kita juga lar yang rugi
ok lar, rasanya dah banyak dah tips2 saya senaraikan
tips ni bukanlah untuk orang lain tp ia juga untuk diri saya sendiri jugak
semoga kita berjaya manage wang kita supaya tidak membazir, boros, dan berhutang
No comments:
Post a Comment