Semalam sebelum memejamkan mata untuk beradu.
Sempat lar saya berfikir untuk beberapa menit..
dan kita memang dituntut sebelum kita tidur,
kita perlu memuhasabah diri kita walaupun sekejap
ape yang dah kita lakukan untuk hari itu
dan semalam banyak plak yang saya fikirkan antaranya,
macam manalah kehidupan saya untuk hari-hari kedepan..
adakah baik2 saja or penuh dengan dugaan hidup.
kalau baik2 saja bukan nama kehidupan lar kan.
hidup biasa lar, macam roda kejap kat atas, dan kejap lagi kita ada kat bawah..
semuanya dah diatur dengan baik oleh ALLAH SWT.
DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya..
kita tak tahu apa yang akan jadi kedepannya,
so apa pun yang akan terjadi saya bersyukur dengan apa yang saya dah jalani selama 22 tahun ni. saya bersyukur:
1) saya dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN
2) hari ni saya masih lagi hidup didunia ni dengan sempurna akal fikiran, dan sihat tubuh badan
3) hidup dengan kasih sayang dari ALLAH SWT
4) saya dikurniakan ibu,ayah dan family yang sangat menyayangi saya apa adanya
5) diberikan kesempatan dan peluang untuk saya belajar medic even sebenarnya result saya tak lar bagus mana
6) diberikan rezeki untuk dapat scholar
7) kawan-kawan yang faham saya dan entiasa menceriakan hari2 saya.
8) untuk segala tawa, gembira, sedih dan air mata selama ni kerana ia banyak mengajar saya tentang sesuatu..
Ye lar terkadang kita ni lupa atas segala nikmat yang ALLAH dah berikan pada kita
Kita selalu merasa tak cukup atau tidak puas dengan apa yang kita dah ada.
Dan kita gak jarang untuk berterima kasih pada ALLAH SWT atas nikmat yang DIA berikan pada kita tanpa minta bayaran.
Cuma hanya meminta kita patuh dan taat pada suruhanNYA
tak payah lar susah-susah tengok pada orang lain, saya sendiri ni jugak kadang-kadang lupa untuk bersyukur.
Jsdi hari ni, walau apa pun yang saya ada
saya merasa bersyukur pada ALLAH SWT atas segala apa yang telah KAU berikan..
hanya kerana DIA lah saya dapat apa yang saya ada sekarang
No comments:
Post a Comment