Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Apr 21, 2010

~gonna miss it so much~

halooooo...
agak sibuk skit untuk beberapa hari ni
ca saya baru je abis praktikal kat department forensic..
and now saya dah pun masuk department baru..
skang praktikal kat opthal department.

last week bz..
sibuk nk convo, pastu sibuk nk bawak family jejalan kat surabaya.
and last skali sibuk prepare untuk exam.
memandangkan ni first lab, so ke'cuak'kan tu berganda lar kan.
lagipun mana tak cuak, kena exam ngan prof S.
prof tu ketua instalasi fornesic ok!!!..hahaha mana lar tak cuak.
nak masuk exam pun abis kuar keringat dingin sume..
tengok senior2 yang lain mantain je.
tak lar se'gabra' diriku ini kan.
tp ALHAMDULILLAH,
oral test ngan prof S tu tak lar segerun yang dibayangkan..
hopefuly saya lulus..AMIN

last day di forensic sgt lar best
siap ada jamuan perpisahan lagi..
lawak je, tp itulah department forensic..
department yang bley nk dikatakan depatment paling santai..
and for sure that i'm gonna miss this department..
beside that, semua dokter2 kat department ni sgt best.
and for me, diorang semua sangat sempoi dan sporting abis...
sgt byk membantu selama saya kat department tu..


group saya yang sengal



sekarang,
saya menghadapi cabaran yang lebih besar dari sebelumnya.
cabaran berhadapan dengan patient sebenar telah pun bermula..
bukan berhadapan dengan yang tidak bernyawa, tapi manusia yang bernyawa ok!!!
masa bersantai-santai saya telah abis.
saya kena lebih ghajin and tak bley da nk main2 macam kat department before ni
hopefully semua berjalan dengan lancar..
doakan saya ye....

Apr 13, 2010

:+:wisuda=grad=convo:+:


10/04
merupakan hari bersejarah
bagi saya and kawan-kawan saya.


perjalanan saya berbaki lagi 1 tahun setengah
untuk saya menjadi seorang dokter.
semoga saya dapat menempuh dan menjalani
praktikal saya dengan:
~lancar
~tiada masalah
~sihat slaloo tak sakit2
~tak stress2
~cemerlang dan jayanya..hehehe

dan yang penting skali adalah
semoga saya dapat habiskan study saya ontime
then pulang ke MALAYSIA
menjadi seorang dokter yang dapat membantu dan berbakti kepada masyarakat
~AMIN~

Apr 4, 2010

:#: mampukah aku:#:

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup

reff:
engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan hidup


~04/04/10~
until now tarikh ni masih saya ingat..
susah rasanyer nak lupakan benda tu semua..
bukan x pernah cuba, tapi dah xlarat nak cuba..
mungkin mangambil masa yang agak lama dan saya pun tak tahu bila
saya dapat lupakan benda tu semua..
sekali lagi mampukah saya?!?!
kadang-kadang saya merasa tidak mampu,
merasa tidak kuat.
ape yang saya akan lakukan sekarang adalah.
biarlah masa membuatkan saya lupa semuanya.

rasa sakit yang dulu sebenarnya masih terasa .
tapi saya dah ikhlaskan diri saya untuk maafkan awak.
walaupun awak x pernah minta.
sekeras-kerasnya hati saya, dan walaupun saya mengambil masa yang agak lama.
tapi akhirnya saya tetap memaafkan awak.
dulu before ni,saya pernah menyatakan yang saya tak kuat untuk memaafkan awak
tapi sekarang saya rasa, saya dah mampu/ kuat untuk memaafkan awak
cuma kalau untuk seperti dulu
dan seperti saya dengan kawan-kawan yang lain itu saya mohon maaf
sebab saya masih belum mampu.
ape yang terjadi sebelum ini mungkin tiada apa-apa bagi awak
tapi saya ucapkan terima kasih untuk semuanya
sekarang awak dah ada dunia dan laluan awak sendiri..
apepun saya just doakan semoga awak berjaya dan bahagia hendaknya
cuma doa je yang mampu saya hulurkan untuk awak
dan insyaALLAH doa dari saya untuk awak takkan pernah putus..


Apr 3, 2010

~SikAp~


rasanyer kalau sesiapa yang nampak tanda ni mesti dah paham kan maksud die ape
kalau yang tak paham tu mesti lar budak-budak yang baru umur 1-2 tahun..
ni yang aneh nyer usia dah dekat separuh abad pun masih tak paham dengan tanda ni
kalah ngan budak sekolah tadika, cz diorang pun paham.
ish..ish..ish..
payah..payah..
kesian..kesian..

saya sangat geram dengan orang yang tak paham dengan tanda nih
mai saya bagi tahu..
tanda ni adalah tanda dilarang MEROKOK!!!
banyak kat area hospital,mall..
takkan lar tak nampak dengan tanda ni
dan takkan lar tak paham kat mana bley merokok kat mana tak boleh.

hari-hari jalan-jalan dalam hospital
mesti ada orang yang merokok..
macam mana lar orang sakit tu nak sehat.
hari-hari asyik dok hirup asap rokok je
aleh2 mati bukan sebab ape,tapi sebab lung prob..
rasanyer kat kotak rokok tu ada je tulis bahaya merokok
tapi kenapa lar benda tu tak bley nak masuk dalam otak..haih

kalau kat mall plak ada je tempat smoking area
tapi kenapa lar nk jugak merokok merata-rata
pergi lar masuk smoking area tu then sedoot lar berapa batang yang korang suka
ni tak, nak jugak merokok kat sana sini.
menyusahkan orang lain tau!!
yang orang lain dok hirup asap rokok korang tu pun bley mati.

semua ni takkan jadi kalau korang ikut peraturan yang dah ada
dan untuk ikut rule tu yang penting adalah SIKAP
tolong lar ubah sikap anda.
jadilah orang yang mudah diatur
jadilah orang yang berdisiplin
jadilah orang yang ikut peraturan yang dah ada
ni bukan untuk kepentingan satu pihak..
tapi untuk kepentingan semua orang..


Apr 2, 2010

~department FORENSIC~

first of all sebelum saya mulakn bebelan saya kali ni
jom kita sedekahkan al-fatihah pada yang telah meninggal dunia
semoga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman
dari ALLAH lah kita datang dan kepada ALLAH lar kita kembali.
setiap hari pasti ada yang lahir dan ada juga yang akan meninggal dunia.

sekarang saya dah dua minggu dekat department ni
so setiap hari ada je jenazah yang dibawa masuk.
samada untuk diperiksa or tak.
ada yang just buat pemeriksaan luar.ada yang tak perlu pemeriksaan
semua tergantung pada polis.
kalau polis mintak kita buat pemeriksaan luar or otopsi baru lar kita akan buat

First day kat department ni terus dapat tengok senior buat otopsi
disebabkan ktorang ni baru masuk, so ktorng hanya bley melihat je lar
then masuk 2nd week baru ktorng bley buat otopsi
first day tu x tahan dengan aroma-aroma die
tp bila masuk hari kedua n berikut nyer dah ok lar..
hidung ni dah bley beradaptasi ngan aroma-aroma tu.
tengok pakcik-pakcik/dokter yang keje kat situ selamba je xpakai mask
ye lar dah tiap-taip hari berhadapan ngan jenazah so hidung pun dah lali ngan aroma-aroma tu

Dalam dua minggu ni, saya dapat buat satu otopsi.
Penat wooo buat otopsi
Semua kita kena tengok and periksa sebab kita nak cari tau sebab kematian die
Start dari respiration sampai lar urogenital, semua kita kena check
Dan yang x larat tu kita buat sambil berdiri.Buat otopsi tu bukannya sekejap.
So bayangkan lar kena berdiri 2-3 jam, mana tak penat kan
Ada lar beberapa yang x tahan dan ada gak hampir pengsan wat otopsi haritu

Selain otopsi tu ktorang kat department forensik ni dapat gak chance untuk pergi ke tempat crime scene tapi bila dipanggil oleh polis lar.
Tapi untuk ke TKP haritu saya x dapat pergi cz ada beberapa sebab.
Bukan semua boleh pergi,hanya beberapa orang je.Takpe lar bukan rezeki..
Kalau nak tau kat sini crime scene tu dipanggil TKP@ tempat kejadian pekara.
Untuk ke TKP jarang lar cz bila polis mintak kita ke TKP baru lar kita akan pergi.

In two week ni ada macam2 kes lar kitorng dapat
Ada kes mangsa tenggelam, kena shock elektrik, and paling gerun skali kes bunuh.
Selama dua minggu ni ada 3 kes bunuh.
Ada yang x kepala, kena tikam 10 kali semata-mata untuk merompak.
lagi satu kes tu seorang nenek dibunuh semata-mata cicin yang tak seberapa
haih dunia-dunia..
kenapa lar bley ada orang yang tak berhati perut macam nih..

now tinggal lagi dua minggu untuk saya dok dekat department ni
next week saya dah start exam otposi and minggu berikutnya exam medikolegal
sekarang dok sibuk(x sibuk mana pun) kena siapkan makalah.
dah lar dapat tajuk yang bagi saya agak susah
tajuk die:
"peningkatan mutu pelayanan kesehatan bagi masyarakat menurut undang-undang No 36 tahun 2009"
macam nak amik law plak, tp tak pe lar try je lar buat kan.

ok,tu je lar bebelan saya pasal first department saya.
doakan saya berjaya habiskan department ni tanpa ape-ape masalah yek
saya exam next week so doakan saya exam dengan dokter yang baik dan murah hati dengan marks..heehehee