Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Apr 2, 2010

~department FORENSIC~

first of all sebelum saya mulakn bebelan saya kali ni
jom kita sedekahkan al-fatihah pada yang telah meninggal dunia
semoga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman
dari ALLAH lah kita datang dan kepada ALLAH lar kita kembali.
setiap hari pasti ada yang lahir dan ada juga yang akan meninggal dunia.

sekarang saya dah dua minggu dekat department ni
so setiap hari ada je jenazah yang dibawa masuk.
samada untuk diperiksa or tak.
ada yang just buat pemeriksaan luar.ada yang tak perlu pemeriksaan
semua tergantung pada polis.
kalau polis mintak kita buat pemeriksaan luar or otopsi baru lar kita akan buat

First day kat department ni terus dapat tengok senior buat otopsi
disebabkan ktorang ni baru masuk, so ktorng hanya bley melihat je lar
then masuk 2nd week baru ktorng bley buat otopsi
first day tu x tahan dengan aroma-aroma die
tp bila masuk hari kedua n berikut nyer dah ok lar..
hidung ni dah bley beradaptasi ngan aroma-aroma tu.
tengok pakcik-pakcik/dokter yang keje kat situ selamba je xpakai mask
ye lar dah tiap-taip hari berhadapan ngan jenazah so hidung pun dah lali ngan aroma-aroma tu

Dalam dua minggu ni, saya dapat buat satu otopsi.
Penat wooo buat otopsi
Semua kita kena tengok and periksa sebab kita nak cari tau sebab kematian die
Start dari respiration sampai lar urogenital, semua kita kena check
Dan yang x larat tu kita buat sambil berdiri.Buat otopsi tu bukannya sekejap.
So bayangkan lar kena berdiri 2-3 jam, mana tak penat kan
Ada lar beberapa yang x tahan dan ada gak hampir pengsan wat otopsi haritu

Selain otopsi tu ktorang kat department forensik ni dapat gak chance untuk pergi ke tempat crime scene tapi bila dipanggil oleh polis lar.
Tapi untuk ke TKP haritu saya x dapat pergi cz ada beberapa sebab.
Bukan semua boleh pergi,hanya beberapa orang je.Takpe lar bukan rezeki..
Kalau nak tau kat sini crime scene tu dipanggil TKP@ tempat kejadian pekara.
Untuk ke TKP jarang lar cz bila polis mintak kita ke TKP baru lar kita akan pergi.

In two week ni ada macam2 kes lar kitorng dapat
Ada kes mangsa tenggelam, kena shock elektrik, and paling gerun skali kes bunuh.
Selama dua minggu ni ada 3 kes bunuh.
Ada yang x kepala, kena tikam 10 kali semata-mata untuk merompak.
lagi satu kes tu seorang nenek dibunuh semata-mata cicin yang tak seberapa
haih dunia-dunia..
kenapa lar bley ada orang yang tak berhati perut macam nih..

now tinggal lagi dua minggu untuk saya dok dekat department ni
next week saya dah start exam otposi and minggu berikutnya exam medikolegal
sekarang dok sibuk(x sibuk mana pun) kena siapkan makalah.
dah lar dapat tajuk yang bagi saya agak susah
tajuk die:
"peningkatan mutu pelayanan kesehatan bagi masyarakat menurut undang-undang No 36 tahun 2009"
macam nak amik law plak, tp tak pe lar try je lar buat kan.

ok,tu je lar bebelan saya pasal first department saya.
doakan saya berjaya habiskan department ni tanpa ape-ape masalah yek
saya exam next week so doakan saya exam dengan dokter yang baik dan murah hati dengan marks..heehehee




No comments:

Post a Comment