Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Dec 9, 2011

be positve +++

Jumaat penghulu segala hari..
alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen,
tanpa perlu bayar sesen pun olehNYA..

lets start our day with positive thinking/positive way.
buang semua yang negative-negative tu.
kita mulakan yang postive dari dalam diri kita.
seperti ape yang Prof Dr Muhaya Muhammad katakan
mulakan dari luar ke dalam.
jika dalaman kita positive maka luaran kita pun akan postive..

ingat amanah dan tujuan yang telah diberikan kepada kita.
perbetulkan semula niat dan tujuan hidup kita.
semoga kita dapat menjadi muslim yang produktif..
saya sangat merindukan mereka-mereka yang sentiasa ada untuk menguatkan saya.
sangat merindukan masa-masa berbulatan gembira bersama mereka,.
sampai rasa nak menjerit


Dec 8, 2011

saat diri hampir tersungkur


Jom kita baca artikel ni..
thanks kepada k.nur untk artikel ni..
sangat membasahi jiwa terutama time kita tengah dalam kesulitan..
tapi perlu kita ingat bukan hanya bila kita dalam keadaan sulit baru kita ingat ALLAH..

tapi kita perlu sentiasa megingatinya dalam setiap hembusan nafas kita.

dari mula kita membuka mata di pagi hari sehinggalah kita ingin menutup mata malamnya...


'"Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.'

~Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A~

kesulitan dan kesusahan.

setiap kesulitan yang kita hadapi bukan bermakna ALLAH tak sayang kita.

ataupun sengaja nak menguji kita.

tapi ingatlah setiap dugaan dan kesulitan yang dihadapi adalah kerana ALLAH terlalu sayangkan kita.

ALLAH terlalu rindukan kita sujud dan meminta kepadaNYA sehingga DIA terpaksa memberikan kita kesulitan.
sebab DIA tahu yang hambanya selalu akan mengingatinya terutama bila dah dalam kesulitan..

so, jangan sedih dan berputus asa, tapi ambillah ia dalam positive way.

setelah baca artikel ni marilah sama-sama kita fikirkan,



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…


Maksudnya: Dan boleh jadi, kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang Allah tidak mengetahui. ( Al-Baqarah: 216)



Maksudnya: “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?( Al-Ankabut:2)



Dalam ayat yang ana nyatakan di atas, secara terang Allah memberitahu kepada kita, bahawa setiap sesuatu yang Allah limpahkan,yang Allah berikan dan Allah timpakan kepada kita semuanya adalah baik untuk kita. Setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi yang Allah sahaja maha mengetahuinya. Kita pasti akan rasa sedih, kecewa apabila sesuatu yang kita idamkan dan kita ingini tidak dapat kita peroleh, lalu terdetik dalam hati kita, kenapa mesti kita yang ditimpakan ujian seberat ini, dan kadangkala kita menyalahkan orang lain atas sesuatu yang tidak dapat kita kecapi.



Namun sedarkah kita, bahawa setiap yang Allah tentukan untuk kita adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita…Dan setiap yang baik dan buruk itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Ana teringat kata-kata seorang sahabat, “ Biarlah menangis dalam keadaan dekat kepada Allah, daripada ketawa dan gembira yang melupakan Allah”.

Ana dikelilingi dengan sahabat-sahabat dan rakan taulan yang diuji dengan pelbagi ujian…Diuji dengan masalah keluarga, diuji dengan masalah akademik sehingga kadang-kadang mereka hampir jatuh tersungkur….walaupun kadang-kadang mengalir juga air mata kerana kesakitan, tapi bagi ana menangislah jika itu akan melegakan. Setiap titisan air mata yang mengalir kerana kesusahan dan bersabar dengan ujian Allah itu, moga-moga Allah bayar setiap titis air mata kita di akhirat kelak.


Masya Allah, hebatnya mukmin itu, apabila dia hampir tersungkur, tetapi jika dia kembalikan segalanya kepada Allah, seakan ada satu aura ketenangan yang mengalir dalam diri, satu sumber kekuatan untuk dia bangkit kembali…


Bacalah Al-Quran..

Kerana dalam Al-Quran ada penawar bagi segala penyakit, penawar bagi segala kekusutan dan makanan rohani untuk kita…kerana kadangkala, rohani ini kita ini sudah terlalu lama kekeringan dan kekontangan, jauh dari Allah…

Dan saat kita diuji itulah…

Tanpa kita sedar…kita kembali kepada Allah…




“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)




“ iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( Ar-Ra’d: 28)




“ Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu palajaran ( A-Quran) dari TuhanMu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”( Yunus: 57)



Wahai hati-hati yang kekusutan,

Wahai hati-hati yang kekeringan,

Kemblilah kepada pencipta hati itu,

Kerana Dia lebih mengetahui akan ubatnya…..


Ingatlah ayat Allah yang berbunyi, jika kita lupa kepada pencipta kita, maka Allah akan melupakan diri kita……

Di kala kita sibuk mencari penawar kepada pelbagi krisis jiwa hari ini, kita memilih untuk menyelak teori-teori barat, sedangkan penyelesaiannya telah lama Allah titipkan buat kita.

iaitu Al-Quran…


Bacalah….

Bacalah…

Bacalah…

Moga hati yang bengkok itu lurus kembali..Amin.

Dec 2, 2011

~26.11.2011~

assalamualaikum pembuka bicara untuk post saya hari ni.

post harini agak sedikit santai.
walaupun benda yang saya nk kongsi ni boleh dikatakan biasa and mungkin semua orang dah tau.
tapi sedikit sebanyak semoga ianya bermanfaat.
bukan untuk yang membaca je, tp untuk diri saya sendiri jugak.

ada tak ataupun pernah tak tengok cerita kartoon upin ipin yang tajuknya bersunat.
kalau ada ok lar, kalau tak ada pun takpa..
bukan sebab apa, cerita upin ipin ni banyak bagi moral value yang tinggi.
dan bg saya sangat sesuai lar klu budak-budak tgk kartoon ni.
kalau nak dibandingkan dgn kartoon2 lain...
bg yang ada encik hero dekat rumah yan masih belum sunat, bglar tgk cerita ni..hahahah
so harini sebenarnya saya nak berkongsi pasal sunat ataupun berkhatan.
bukan sebab apa, tapi sebab encik hero saya yang last baru je bersunat minggu lepas.
nak lar berkongsi sedikit cerita sunat and berkhatan ni dgn pembaca2 semua kan (badjet ramai je baca blog ko ni kiah..ehehe)

ok sedikit pasal encik hero saya ni.
dia baru nak masuk darjah 2 tahun depan.
merupakan adik saya yang terakhir.
kenapa saya suka panggil adik-adik saya ni dengan panggilan encik hero,
sebab diorang memang hero-hero yang saya ada.
and saya je lar seorang je heroin dalam adik beradik saya ni.
encik hero last saya ni sangat banyak cakap and sangat berani.
untuk bersunat ni, bukan paksaan/disuruh oleh puan dan tuan besar,
tapi adalah dengan kerelaan dirinya sendiri.

antara sebab kenapa dia nak bersunat:
-dia nak belajar azan, so nanti dia boleh azan dekat surau.
-dia slalu ikut encik hero saya yang lain ke surau solat jemaah,
-dia nak klu solat dia boleh satu saff dengan encik hero saya yg lain.

ha, ni lar pemangkin yg bg dia semangat berkobar-kobar nak bersunat tahun ni jugak.
habis semua cerita ngeri p.cik saya kelentong bg dia takut.
tapi dia buat slamber die je..
mngkin sebab memang keinginannya sendiri.
so rasa takut tu hilang lar sikit.
encik hero ikut majlis sunat beramai-ramai dekat masjid kat kampung.
pagi hari nak bersunat tu dah macam orang nak bernikah pun ada.
pkai baju melayu siap pkai sampin and songkok.
lepas tu ada makan beradap and yang paling best mandi bomba.
paling saya kagum dengan encik hero ni dia tak menangis ataupun menjerit sedikit pn
dah bersunat pun muka steady lagi..
and 2 hari lepas tu dah belari dah..
memang hero sungguh...

ok,
tu cerita pasal encik hero sy bersunat.
tiada apa yg special pun.
cuma keinginan dia yang tinggi buat saya kagum..
apa yang saya nak kongsi adalah dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama

Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi'i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.
Antara dalil yang dijadikan landasan para ulama yang mengatakan sunat/khatan wajib adalah:
Dari Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa nabi Ibrahim melaksanakan khatan ketika berumur 80 tahun, beliau khatan dengan menggunakan kapak. (H.R. Bukhari). Nabi Ibrahim melaksanakannya ketika diperintahkan untuk khatan padahal beliau sudah berumur 80 tahun. Ini menunjukkan betapa kuatnya perintah khatan.

ni adalah dalil yang saya selalu dengar kalau bila ada yang bertanya tentang hukum berkhatan/bersunat.

Seperti apa yang kita ketahui agama islam sangat mementingkan kebersihan. Khatan mempunyai faedah bagi kesehatan karena membuang anggota tubuh yang yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap. Beberapa penelitian perubatan membuktikan bahwa penderita penyakit kelamin lebih banyak dari kelangan yang tidak dikhatan. Begitu juga penderita penyakit berbahaya seperti AIDS, Barah alat kelamin dan bahkan Barah rahim juga lebih banyak diderita oleh pasangan yang tidak dikhatan. Dan dgn sebab ini sekarang sudah ramai orang bukan islam turut berkhatan.

Waktu wajib khatan adalah pada saat balig, karena pada saat itulah wajib melaksanakan sholat. Tanpa khatan, sholat tidak sempurna sebab suci yang yang merupakan syarat sah sholat tidak dapat dipenuhi.Adapun waktu sunnah adalah sebelum balig. Sedangkan waktu ikhtiar (pilihan yang baik untuk dilaksanakan) adalah hari ketujuh setelah lahir, atau 40 hari setelah kelahiran, atau juga dianjurkan pada umur 7 tahun.

Ini adalah beberapa info mengenai berkhatan yang saya dapat and saya share dekat sini. tidak seberapa tapi semoga bermanfaat. jika ada info yang saya share disini salah jangan lar segan silu untuk menegur and membetulkan apa yang salah.

Dec 1, 2011

warming up..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani..

dengan izinNYA saya dapat kembali menulis atau lebih tepat lagi menaip yang mungkin nilainya tak seberapa di dlm blog kesayangan ni.
nak kata pandai menulis tu tak lar..
mungkin banyak lagi blog2 lain yang lebih bagus dari blueberry saya ni kan.hehe
tp saya harap apa yang saya tulis dapat sedikit sebanyak dapat dikongsi dan bermanfaat untuk orang lain yang membaca..

dulu, awal pembabitan dalam dunia blog ni adalah sesaja je.
tgk orang lain ada blog, terasa diri ni nak berblog lar plak..
dan pada waktu tu takda tujuan yang betul pun.
dan klu pembaca baca post2 dulu2 banyak yang merapu.hahaha..
lebih tepat lagi macam tak bermanfaat je untuk dibaca...=D
klu tengok nama blog pun boleh tahu...
tapi saya harap, dengan masuknya kita ke tahun baru 1433H beberapa hari yang lepas,saya harap blog ni pun dapat berhijrah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik, dan dapat bermanfaat untuk orang yang membacanya..

lama menyepi bukan sebab apa, tapi ada masalah dengan email sampai tak dapat nak login.
tp alhamdulillah, harini dapat jugak melepas rindu pada blueberry kesayangan saya ni..
dan dengan izinNYA jugalah saya dapat kembali menulis kat sini..
banyak yang dah terjadi dari post saya yang terakhir sehinggalah post yang terbaru ni..
antara yang paling besar adalah, saya dah pun dah ada di tanah air terchinta ni.
setelah hampir 6 tahun mencari ilmu di negara seberang..
alhamdulillah syukur pada yg ESA.
tak tergambar rasanya apa yang saya rasa..
dan dengan itu juga lar saya mengisytiharkan saya seorang penganggur buat masa sekarang.
dah dekat 2 bulan menjad seorang penganggur
sementara menunggu untuk posting kemana saja yg akan di hantar..

saya harap semasa saya jadi penganggur ni saya tidak menjadi semakin malas,
tidak menjadi seorang yang setiap harinya hanyalah sia-sia..
tidak menjadi seorang yang lemah akibat dari malas.
tetapi seorang yang mencari kekuatan untuk berdepan dengan hari yang semakin mencabar kedepannya.
menjadi seorang yang berguna dan bukan sia-sia walaupun hanya kepada keluarga saya.
dapat menggunakan masa pengangguran dengan sebaik-baiknya tanpa membiarkan hati saya kering macam tu saje..

cukuplah ini sebagai aktiviti pemanasan bagi blueberry yang dah lama tido.
insyaALLAH akan mengupdate lagi setelah ini.

Jul 1, 2011

:+:sorry:+:

maaf...
memaafkan..

keduanya terasa sulit untuk dilakukan.
kekadang, mulut berkata sudah memaafkan atau meminta maaf..
tapi dihati masih belum..
dihati masih menyimpan rasa marah.

belajar untuk meminta maaf dan memaafkan itu terasa lebih baik.
pernah tak korang merasa hati terasa berat..

"orang yang tidak memafkan akan sentiasa terasa diikat oleh orang yang tidak dimaafkannya, Maafkanlah sesungguhnya anda akan terlepas daripada belenggu ikatan orang yang bersalah itu.Kau akan bebas daripada terus mengingati kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atas kamu. Itu lebih sakit. maafkanlah dan engkau akan merasa bebas"

berat akibat dari rasa tidak memaafkan dan meminta maaf..
tidak memaafkan membuat kita akan terus mengingatinya.
sehingga akhirnya dapat menimbulkan dendam.

Nabi pernah bersabda: "maukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia didunia dan diakhirat? memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu" (H.R Baihaqi)

saya suka hadis ni.
dari hadis tu salah satu akhlak yang paling mulia didunia dan akhirat is memberi maaf orang yang menzalimimu..
seseorang itu bukan dipandang pada harta, pangkat dan namanya.
tapi ia juga dipandang dari akhlak dan budi pekertinya.

ego..
kita susah untuk memaafkan orang lain kerana ego kita yang besar.
merasa tidak mahu kalah, merasa diri sentiasa benar
mengalah bukan berarti kalah.
leburkanlah egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain
da itulah yang saya cuba lakukan.

"forgiveness is not something we do for other people, but we do it for ourself to get well and move on"

kita slalu mencari manisnya iman,
tapi macam mana nak merasakan manisnya iman.
jika hal sekecil ini pun masih belum dapat lakukan..

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal tetapi barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari ALLAH. Sungguh DIA tidak menyukai otang-orang zalim"(42:40)

Ya ALLAH setiap hari aku berusaha untuk memaafkan dan meminta maaf.
bantulah hambamu ini ya ALLAH.

note for myself:"lembutkanlah hati buangkanlah sifat ego dalam diri.."



Jun 28, 2011

Teguran..

Alhamdulillah..
syukur alhamdulillah sebab saya masih diberi kesempatan oleh ALLAH
untuk bernafas lagi hari ini..
dan nikmat yang paling berharga adalah nikmat iman dan islam itu sendiri.
alhamdulillah dan syukur tak terhingga kerana masih diberi kesempatan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya hari ini..

iman..
iman itu tak dapat diwarisi..
even ibu bapanya seorang yang alim, berpegang pada al quran dan Sunnah,
tapi jangan terkejut jika anaknya bukan seperti ibu dan ayahnya.
kerana iman tu bukanlah satu benda yang dapat diwariskan..

iman..
iman itu ada kalanya ia naik
namun ada kalanya juga ia turun..
tapi pernah tak kita sendiri memikirkan dan merasakan bagaimana iman kita pada hari itu..
contohnya: bagaimana iman kamu semua hari ini?!?!
adakah naik atau turun merudum?!?!
erm, saya buat perumpamaan dengan kesehatan kita..
kita slalu bertanyakan pada orang. sehat hari ni??
kadang-kadang kita sehat tapi ada kalanya kita jatuh sakit..
so lebih kurang sama lar jugak seperti iman..

saya sangat lalai beberapa hari ni..
sangatlah malas..
sehingga membuatkan saya stress.
dan hari ini tanpa diduga saya mendapat teguran..
teguran dari siapa eh agaknya?!?!
teguran dari ALLAH SWT...
teguran ini membuatkan saya tersentak seketika..
betapa ALLAH SWT itu sayangkan hambanya..
teguran lembut dari ALLAH SWT..
hampir menitis air mata ni..

thank you ALLAH..

Jun 26, 2011

i believe..

~I BELIEVE~

*************************************

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki

Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe

*************************************


Jun 24, 2011

~Marah~

asslamualaikum semua...
ape kabar fizikal mental dan rohani korang semua.
hopefully baik-baik lar eh.
semoga setiap hari semakin baik dari hari sebelumnya.
upaya kita tak termasuk golongan orang yang rugi
Dan lebih ditakutkan lagi adalah termasuk golongan orang-orang yang celaka.
semoga setiap hari kita lebih baik dari semalam..

MARAH
pernah tak korang semua marah?!?!?
takkan tak pernah kan.
macam tak percaya lar plak kalau ada orang yang tak pernah marah dalam hidup dia.
kalau tak pernah marah bagus lar..
tapi kalau anda seorang pemarah kawallah amarahmu

dalam hadis 16 menyebutkan tentang marah

" Dari Abu Hurairah ra, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, "berilah aku wasiat." Rasulullah saw bersabda, "Jangan marah! beliau mengulangi-ulang beberapa kali ucapannya, "Jangan marah!"

dari hadis 16 tu kita dapat lihat betapa Rasulullah SAW berpesan supaya tidak marah.
bukan hanya sekali Rasulullah berpesan, tapi Rasulullah menegaskan berulang-ulang kali supaya kita tidak marah.

seperti diri saya
nak cerita skit tentang diri saya sendiri.
saya memang seorang yang pemarah.
saya seorang yang tak pandai untuk mengawal amarah saya.
kadang-kadang bila hal yang kecik pun saya dah start marah.
dan seperti biasa bila dah marah tu mimik muka akan langsung berubah.
dan kadang-kadang kata-kata yang tak sepatutnya pun keluarlah dari mulut ni.
pernah satu ketika tu bila saya marah habis semua benda saya lempar..
termasuklah handphone. dasyat sungguh..
kesian untuk orang yang rapat dengan saya.
kadang-kadang terkena tempias marah saya..

pernah tak kita berfikir waktu kita tengah marah tu.
syaitan mesti melompat-lompat happy sebab tengok kita marah macam tu.

"Sesungguhnya marah itu drpd syaitan & syaitan itu dicipta drpd api.Jika salah seorang kamu marah, maka hendaklah berwuduk." dari Abu Daud

kalau saya, tengah-tengah marah tu tak teringatlar semua benda ni kan.
ye lar dah kena cucuk ngan syaitan mana bley nak berfikir dengan jernih.
time tu apa yang tahu adalah nak marah orang je kerjanya.
tapi bila dah lepas marah-marah tu baru lar mula nak berfikir, rasa menyesal dan malu.
time tu, syaitan mesti dah menari-nari kemenangan dah.
sebab berjaya buat saya marah..

kadangkala pernah tak kita terfikir yang sebenarnya masalah yang membuatkan kita marah itu
datang dari diri kita sendiri.
kadang-kadang disebabkan ego, kita taknak mengaku yang itu adalah salah kita.
tapi apa yang kita buat adalah kita ikutkan kata hati dengan marah.
dan kadang-kadang marah pada orang yang tidak bersalah sama sekali.

erm tu lar manusia..
dan itulah diri saya..
saya harap tak ada lar seperti saya..
so, after this marah itu harus dikawal, dan kawallah ia dengan baik
supaya ia tak memudaratkan diri kita sendiri tanpa kita sedari..

"Jika seorg dari kamu sedang marah pada saat ia berdiri, maka hendaklah ia duduk. Jika tidak juga hilang marah, hendaklah ia berbaring."

belajarlah untuk lebih banyak bersabar.






Jun 19, 2011

terbaik dimata ALLAH

alhamdulillah...
rasa bersyukur sangat sebab akhirnya dapat gak sign in..
dah lama try sign in, tapi asyik tak bley je.
tak tahu lar ape masalahnya.
pernah sampai terlintas nak buat blog baru je sebab tak boleh nak sign in
tapi hari ni, alhamdulillah
walaupun blog ni tak lar seberapa,
sebab saya bukan lar seorang yang pandai menulis.
tp sayang sebab blog ni dah dekat 2 tahun.
dan dalam blog ni banyak tentang hidup saya.
hidup yang manis, dan kadang ada juga masamnya
sama seperti buah blueberry.
and itulah sebab kenapa blog ni bernama blueberry.
(apelar asyik ingat makanan je..tak creative langsung.)

erm harini saya nak bercerita mengenai fitrah..
kita dilahirkan sebagai seorang manusia ciptaan ALLAH SWT.
dan setiap ciptaan ALLAH itu fitrahnya adalah suka sesuatu yang baik.
fitrah sukakan kebaikan dan kebenaran.
dan sebenarnya setiap manusia yang lahir ini fitrahnya adalah ISLAM.
tapi ia berubah akibat dari didikan yang didapat.

tapi macam mana plak dengan mereka yang suka melakukan kejahatan.
atau sesuatu yang mungkar.
sebenarnya jauh disudut hati, mereka membenci apa yang mereka perbuat.
tapi tetap mereka lakukan kejahatan dan kemungkaran.
ini adalah kerana mereka sendiri menutup hati mereka.
hati bila sudah ditutup dan ditambah dengan sering melakukan kejahatan dan kemungkaran mengakibatkan kita tidak nampak lagi kebaikan.

Abu Hurairah r.a. berkata:
"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

dan fitrah untuk kebaikan itu makin lama makin jauh sehingga kejahatan dan kemungkaran itu dirasakan lebih manis dari kebaikan dan kebenaran..
betapa pentingnya hati itu kerana apabila hati sudah diliputi dengan titik-titik hitam untuk menerima sesuatu yang baik itu adalah sulit.
hati jika ia terlalu lama ditutup, ia akan menjadi keras dan lebih keras dari batu.

saya kongsi apa yang saya baca mengenai tanda-tanda hati keras:
1) malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat.

2) Tidak merasa gerun dengan ayat-ayat ALLAH
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.

3) berlebihan mencintai dunia dari akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4) Kurang mengagungkan ALLAH
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

ada juga yang bagi alasan mereka masih belum mendapat hidayah.
dah itu yang menyebabkan ia sulit untuk menerima kebaikan.
hidayah bukanlah sesuatu yang kita tunggu. tapi ia perlu dicari.
ok saya nak buat perumpamaan hidayah dengan rezeki..
kita semua pernah dengar pepatah "rezeki tidak akan datang bergolek."
rezeki itu akan datang jika kita berusaha untuk mendapatkannya.
kita kerja keras siang dan malam untuk mendapatkan rezeki.
hal ni sama juga dengan hidayah..
ALLAH tidak akan senang-senang macam tu je bagi kita hidayah jika kita tidak pernah berusaha.
hidayah itu memang milik ALLAH SWT tapi kita sebagai hambanya perlullah berusaha untuk mendapat hidayah dariNYA.
dan jika kita tidak berusaha kita termasuk orang yang rugi.
ALLAH SWT tidak akan rugi tapi yang rugi adalah diri kita sendiri.
dan bukan setakat rugi sahaja, tetapi sebenarnya kita sudah menzalimi diri kita sendiri.

saya juga bukanlah serorang yang baik.
tapi saya nak berusaha menjadi serorang hamba yang terbaik di mata ALLAH.
jom lar kita berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik di mata ALLAH.
janganlah kita hanya ingin dipandang mulia dimata manusia.
tapi apa yang lebih penting adalah menjadi yang terbaik dimata ALLAH.
bukalah hati kita yang memang azalinya sukakan kebaikan.
dan bukan hanya setakat membuka hati tetapi berbuatlah kebaikan.

May 15, 2011

~aku merinduimu~

Aku merinduimu
~devotees~

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


May 8, 2011

AIRMATA IBU

8th of may 2011..
dah lama x mengupdate blog..
so belog ni pun dah lama bersarang ditinggalkan penulisnya..
byk yang nk diceritakn tapi tak tahu where to start..
a lot of things that i wanna share..
tp tu lar, disebabkan tak pandai nak menulis..
so hasrat pun terbantut lar..

and today..
balik je dari jaga jadi semangat nak update belog..
hahahaha...
penat2 pun larat je nak update..
kalau bukak buku rasanya dah lama dah berdengkor..

back to the main topic..
actually semangat update belog ni sebab nak wish mama
HAPPY MOTHER'S DAY..
sebenarnya bagi saya setiap hari tu adalah hari ibu..
bukan dengan adanya hari ibu baru kita merasa terima kasih kat ibu..
bukan dengan adanya hari ibu ni, baru lar kita nak call ibu kita..
hormat kat ibu kita, dengar cakap ibu..
tp sebenarnya setiap hari tu adalah hari ibu..

so, dengan adanya hari ibu ni..
hopefully lebih lar dari hari-hari yang sebelumnya..
untuk yang dekat dengan ibu boleh lar masak ke, bg present ke..
but, for me or others yg jauh dari ibu masing-masing..
doakan lar kesehatan ibu kita and kalau boleh call lar..
asyik slalu mak je yang call..
ape kata sempena hari ibu ni kita gunakan skit kredit yang ada untuk call ibu..
sembang ngan diorang..
mungkin ada diantara kita yang sebelum ni asyik habiskan kredit call BF, or msg GF..
apa kata, sempena hari ibu ni kita plak habiskan kredit untuk call ibu kita..
tanya kabar mereka..
selagi mereka masih ada..
nanti jangan bila ibu dah tiada baru kita terhegeh-hegeh rindukan ibu...

sesungguhnya syurga bagi seorang anak itu adalah dibawah telapak kaki ibu..
ada hadits Rasulullah yang menyebut ibu itu sebanyak 3 kali dan baru setelah itu ayah..
maaf saya tak ingat hadits tu macam mana..
tapi kalau tak salah bunyinya macam tu..
kalau salah tolong betulkan eh...

so for my lovely mum: ASMAH ISMAIL
mama, happy mother's day
k.long sayang mama..
terima kasih dah lahirkan k.long di dunia ni..
terima kasih dah menjaga k.long dengan penuh kasih sayang
terima kasih dah bersusah payah membesarkan k.long..
terima kasih dah banyak mendidik k.long..
terima kasih dah banyak habiskan duit untuk k.long
terima kasih dah banyak habiskan keringat dan masa untuk k.long..
terima kasih sebab slalu ada untuk k.long tak kira lar kapan pun..
sesungguhnya terlalu banyak dan tak terhitung kot betapa banyak terima kasih k.long kat mama..

yang pastinya..
apa yang k.long tahu..
k.long terlalu sayangkan mama..
terima kasih Ya ALLAH..

ok lar..
menutup post kali ni dengan lagu ni..
i love dis song..
so setiap kali homesick, rindukan mama..
confirm lagu ni lar yang akan sy dengar berulang-ulang kali..

Mar 15, 2011

~open your eyes~

sebarang masalah diserahkan kepada ALLAH
saya telah berusaha
ALLAH yang menentukan

setiap yang berlaku semua telah diatur
kita takkan pernah tahu
ALLAH sangat sayang pada hambanya
setiap apa yang kita hilang,
DIA gantikan kita dengan lebih baik
tanpa kita sedar.

ketika saya tak berdaya muncullah
bantuan yang saya tak pernah saya fikirkan
dan merekalah yang memberikan kekuatan kepada diri saya
dan dengan izin dari ALLAH
saya rasa lebih tenang sekarang.

sekarang
membuka lembaran baru
di lembaran baru ni
berharap dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Clouds come floating into my life,
no longer to carry rain or usher storm,
but to add color to my sunset sky.
~Rabindranath Tagore~


************************************************************************
Open your eyes
MAHER ZAIN

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

*Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..No..

**We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

repeat * & **

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

repeat** 2X

You created everything

We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

******************************************************************************



Feb 18, 2011

you did it....

saya jatuh....
dan saya rasa saya tak kuat untuk bangun lagi....
terima kasih untuk rasa yang ko dah berikan....
sangat sakit sampai aku nak bangun pun aku rasa aku tak mampu...
terima kasih untuk apa yang kamu dah buat.







Feb 13, 2011

..obat hati..

once bila hati saya terusik..
once bila hati saya sedih..
once bile saya dah start nak nangis..
satu benda yang saya suka buat.
amik wudhu' and baca Al-Quran..
sampai kadang2 tersedu-sedu.
tapi lepas tu saya rasa lega.

so hari ni saya nak kongsi 2 makna ayat yg saya baca tadi
"Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah karena perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)"
(42:30)

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari ALLAH. Sungguh Dia tidak menyukai orang-orang zalim"
(42:40)

Feb 10, 2011

~i'll just be me~


If you're alone, I'll be your shadow.
If you want to cry, I'll be your shoulder.
If you want a hug, I'll be your pillow.
If you need to be happy, I'll be your smile.
But anytime you need a friend, I'll just be me..


saya tak halang kalau nak membenci saya.
saya tak halang kalau tak nak bertegur sapa dengan saya.
kalau benci tu lebih menyenangkan hati, silakan lar.
kalau marah tu dapat release tension silakan..
jika semua tu buat hati puas, silakan
sedikit pun saya tak amik hati.
sedikit pun saya tak marah.
sebab kalau benda tu yang buat happy
it's ok.


walaupun sebenarnya jauh kat sudut hati
sebenarnya saya terasa.
apapun yang jadi
you still my friend
and it's more than a friend
cz you are my bestfriend




-jealous-

Jagalah hatimu..
jangan biarkan ia sakit lagi..
sebab, bila ia sakit..
there is no medication and it will takes a long time untuk sembuh..
lindungilah hati jika merasa takut ia sakit lagi..
berdoalah supaya hatimu sentiasa dilindungi...

********************************************************************

jealous tengok orang lain...
tengok gambar family orang lain bercuti and spend their time together..
serious saya sangat iri...
bersyukurlar kalau korang dapat spend your time together with your family member..
bukan senang...
hargailah semua tu..

*********************************************************************

I've got an exam next week..
dan minggu depan saya duty di kamar bersalin..hoho
kamar bersalin-exam->sangat tak best.
beberapa hari minggu lepas, semangat tercicir and i don't know where..
now, tengah berusaha untuk kutip balik..
and i really need it.
please pray for me..



Feb 3, 2011

******

terkadang..
mulut hanya mampu tersenyum,
tapi hati, tidak sekuat itu...

Ya Allah..
terima kasih kerana Engkau selalu ada di saat susah dan senangku.
terima kasih diatas segala nikmat yang telah Kau berikan..
sesungguhnya aku hanyalah hambamu ya ALLAH..

untuk kamu dan kamu...
thanks untuk pinjamkn telinga & slalu ada disaat saya susah.
it help me a lot..

**********************************************************
Always be there : Maher Zain

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

**********************************************************