Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Showing posts with label ~muHasaBah.rEnunGan. Show all posts
Showing posts with label ~muHasaBah.rEnunGan. Show all posts

Mar 15, 2011

~open your eyes~

sebarang masalah diserahkan kepada ALLAH
saya telah berusaha
ALLAH yang menentukan

setiap yang berlaku semua telah diatur
kita takkan pernah tahu
ALLAH sangat sayang pada hambanya
setiap apa yang kita hilang,
DIA gantikan kita dengan lebih baik
tanpa kita sedar.

ketika saya tak berdaya muncullah
bantuan yang saya tak pernah saya fikirkan
dan merekalah yang memberikan kekuatan kepada diri saya
dan dengan izin dari ALLAH
saya rasa lebih tenang sekarang.

sekarang
membuka lembaran baru
di lembaran baru ni
berharap dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Clouds come floating into my life,
no longer to carry rain or usher storm,
but to add color to my sunset sky.
~Rabindranath Tagore~


************************************************************************
Open your eyes
MAHER ZAIN

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

*Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..No..

**We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

repeat * & **

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

repeat** 2X

You created everything

We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

******************************************************************************



Jun 20, 2010

:-:mengeluh,sedih?!?!


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)."
(Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5-6)


May 7, 2010

:+:wanita-tabah-air mata:+:

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......" Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.
  • Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
  • Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......
  • Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
  • Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.
  • Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.
  • Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ? Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
  • Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata " Ini airmata kehidupan."
Tertiba tadi terbaca mesej ni dalam inbox..
so daripada berkarat je dalam inbox tu baik saya letak kat blok ni..
saya rasa ramai orang dah pernah baca pasal cerita nih..
tapi xkesah lar kan..saya nak letak jugak sebab saya SUKA dengan cerita nih..
wanita itu mmg dilahirkan untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat..
so kalau anda merasakan wanita itu cengeng/ hanya tahu menangis je...
anda salah besar..sebab air mata wanita itu sangat berharga walaupun ia hanya sekadar air mata..dan point yang penting saya nk smpikan adalah hargailah seorang wanita..

Jan 8, 2010

Facebook,yahudi dan status Hukum

copy from: www.iLuvislam.com

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

JAWAPAN:

Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ


Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)


Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

Bagi mereka
yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk
manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan
kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c-
Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d-
Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e-
Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f-
Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g-
Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

KESIMPULAN:

Setelah baca artikel ni sedarlah saya betapa lalainya saya disebabkan oleh facebook ini..ya ALLAH!!!

x dinafikan kadang2 memang ada buat je soal2 rahsia tarikh lahir tu semua,tapi saya x percaya lar dengan benda2 tu..astaghafirullah~.ya ALLAH,betapa lalainya saya sehingga lebih banyak menggunakan facebook untuk kepentingan diri sendiri dari menggunakan ia untuk kepentingan agama ISLAM..

insyaALLAH setelah baca artikel ni,saya akan menggunakan facebook sebaik-baiknya dan bukan hanya untuk kepentingan diri saya sendiri sahaja..

apapun semua ni bergantung pada individu masing2..jika anda pandai menggunakan ia baguslah.tp jika tidak jom kita introspeksi diri..

Dec 17, 2009

salam MAAL HIJRAH 1431H

salam MAAL HIJRAH bagi semua umat islam...

semoga tahun baru memberi kita lembaran baru,semangat baru dan azam yang baru berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik~insyaALLAH~

ambillah renungan,hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik kisah hijrah Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda.


Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.Dengan membaca doa ini ALLAH akan mengampunkan dosanya setahun."


Doa awal tahun:

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


p/s: if ada salah tlg inform..

Dec 11, 2009

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-NYA"
Al-Imran-159

Nov 12, 2009

O&G..

Sem 6 & Sem 7 blajar preklinik
dalam dua sem ni kami didedahkan pada patient..
(persiapan untuk praktikal next sem --hopefully)
so mula-mula kami just kuliah sahaja untuk lebih kurang 2-3 bulan
then baru ada clerkship (praktikal) dan seterusnya final exam
kitrng ada praktikal for major lab only
so major lab for this sem: obgyn u surgical

1) kuliah
amat membosankan dan memenatkan
kuliah dari pagi sampai petang
start 7.30 pagi habis 1.30 ptg
direct class,rest just about 10 minute..
penat sebab duduk semata-mata
naik kematu $%^&
bosan cz dengar je lect dan boleh sampai tertidur

2)clerkship
best/intersting/menarik
x kuliah,just ada responsi/diskusi dengan dokter
time ni ktorng diberi pengenalan untuk praktikal nanti
tapi masa clerkship ni
kita masuk ke ruangan2,jumpa patient(but just observasi je),baca status patient,& ada tugas jaga

3) final exam
paling x best dalam semuanya
time ni mula lar cuak/gelabah/gabra
cz banyak x study lagi..
ada 7 subject
exam tiap2 hari
soklan plak cam susah2 je
(klu senang dak tadika pun bley jawab..ape da!!!)

dah melalut dah nih..hehehe..
back on track!!ok kali ni nak cite pasal clerkship
skang saya di obgyn untuk 2 minggu dan kemudian surgical plak 2 minggu
untuk clerkship sem ni saya telah dicampakkan..
bukan dicampakkan ape pun..juz x satu group ngan dak msian yang lain
saya ngan sorang lagi(huda) dicampakkn masuk ke dalam group lain..
sama gak nasibnya ngan nad n aiman..
student msia yang lain dalam satu group
tp xpe lar,mula2 diterima dengan hati yang berat
tapi lepas tu ok lar..
best gak satu group ngan student2 indonesia..
kali ni saya dimasukkan ke group A..hohoho

so hari first2 clerkship saya terus dapat tugas jaga..
untuk tugas jaga obgyn kena masuk/jaga di kamar bersalin/VK
ada 2 shift-->2.00pm-10.00pm & 10.00pm-6.00am(weekdays)
saya kena first shift so dari 2.00pm-10.00pm
abis je siang tu terus sambung ngan tugas jaga plak..
satu shift around 5-6 orang



first time masuk VK tu takut2 gak.
ye lar,rasa macam x tahu pape je.
x tahu nak tanya ape/buat ape
nasib baik lar ada DM baik & PPDS yg sempoi yang jaga waktu tu
diorang lar yang tunjuk and banyak ajar waktu time jaga
so time jaga tu ktorng diajar leopold,check djj(denyut jantung janin)& VT
patient time tu banyak juga lar
patient dalam VK semuanya dengan usia kehamilan >38 minggu
atau dalam kata lain dah nak bersalin
alhamdulillah time jaga tu sempat/dapat tgk 2 persalinan normal
and ada 3 patient yang SC
tp each patient SC tu hanya bley 1 orang je yang ikut ke ruang operation
saya x dapat tengok
sedih gak x dpt tgk SC but its ok waktu DM nanti insyaALLAH still ada peluang..


waktu tgk persalinan normal..
dapat lar tgk actly macam mana sesorang tu melahirkan
macam mana prosesnya,ape yang dikatakan dengan air ketuban,uri tu ape sebenarnya???
dan bila dengar je baby tu menangis kita yang hanya melihat ni pun rasa happy,seronok,bahagia..
kita dapat lihat even ibu tu penat & sakit tapi dia bahagia cz anak dia berjaya dilahirkan
sakit macam mana pun yang dirasakn ibu tu,die tetap berusaha untuk melahirkan anaknya

Lepas tu
terus rasa insaf n terima kasih kat mama
baru lar tahu/rasa betapa susahnya/sakitnya seseorang tu melahirkan.
betapa bangganya menjadi seorang perempuan
cz saya rasa seorang lelaki pasti x mampu untuk melalui rasa sakit yang macam tu..
dan sebenarnya perempuan tu dijadikan sebagai seorang yang kuat dan tabah walaupun senang untuk mengalirkan airmata

Jadi berasa banggalah jika anda dilahirkan sebagai seorang perempuan didunia ini
jadilah seorang yang kuat dan tabah kerana perempuan memang diciptakan untuk tabah dan kuat dalam segala hal.hormatilah ibu anda,ikutilah segala ape yang disuruh dan jangan sesekali buat ibu anda bersedih/mengalirkan air mata karena apa yang kita perbuatan

Sep 14, 2009

lailatul Qadar..

hohohohoo...
sedar atau pun x,mlm nih dah mlm ke-25 ramadhan..
erm rasa mcm skjp je..
mcm x puas plak...
ye lar,lps nih,syaitan2 semua terlepas..
alangkan waktu syaitan terikat nih pun mcm ada je wat dosa..huhuhu..
ikutkan nafsu..nafsu amarah lar.mcm2..
yer lar,syaitan takda tapi nafsu ada lagi..ish2!!

bulan RAMADHAN nih adalah sebagai madrasah bagi diri kita untuk membentuk kita menjadi muslim yg sejati..
yer lar,tahu bulan RAMADHAN je br lar kita nk wat solat2 sunat..tadarus lar..
klu x sblm nih,nk bgn wat solat sunat pun punyer lar liat kan..
actly benda2 tu bukannya untuk bulan RAMADHAN je,bulan2 lain pun kita digalakkan untk wat..
so diharapkan dengan hadirnya bulan RAMADHAN tahun ni akan mendidik kita untuk istiqomah dalam melaksanakn ibadah2 yang kita lakukan pada bulan RAMADHAN nih untuk kita teruskan pada bulan2 seterusnya..
jangan hanya bulan RAMADHAN..ok?!?!
chayoik2!!! semangat2!!

erm skang nih dah masuk 10 malam terakhir..
dan dalam sepuluh malam terakhir nih ada satu malam yang kita semua kenal dgn malam LAILATUL QADAR..
rasa nyer semua orang tahu malam lailatul qadar nih..
kita umat Nabi Muhammad S.A.W diberikan peluang oleh ALLAH S.W.T...
dalam byk2 umat,umat Nabi Muhammad lar yang hidupnya sekejap dibanding dengan umat2 yang terdahulu..
so kita diberi peluang untuk melipatgandakn ibadah2 kita..
kita dianugerhkan malam LAILATUL QADAR..
beribadah 1 malam sama seperti beribadah 1000 bulan..
ape lagi,rebutlar peluang selagi masih ada..
jgn tunggu RAMADHAN yang akan datang cz kita x tau
apa kita masih sempat atau x untuk RAMADHAN yg seterusnyer..
ataupun nk enjoy dulu cz masih muda..
tunggu lar dah tua nnt baru nk bykkn ibadah dan taubat...
jgn mcm tu,cz ajal maut kita x tahu bila..
mungkin esok atau lusa..kita x tahu bila ajal kita..
selagi masih ada peluang...
jangan lar kita sia2 kan..ok!!!

saya nih bukan lar seorang yang bgs sgt pun untuk menasihati orang lain..
saya hanya manusia biasa yang kekadang terlupa & kekandang melakukan byk kesilapan yg tanpa saya sedari...
tp ape pun..apa yg sy tulis nih adalah untuk memuhasabah diri saya sendiri..
so jom kita muhasabah diri kita..

Sep 3, 2009

PuAsA..PuAsA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sedar atau x,skang dah msk pertengahan bulan RAMADHAN dah pun.
jadikan lar bulan RAMADHAN kali ni sebagai madrasah untuk memperbaiki diri kita..
ok ar..
gud nyte everyone..
selamat berpuasa esok..
jgn lupa bgn sahur,even minum hanya segelas air..
cz sahur itu byk pahala nyer..
salam RAMADHAN n selamat BERPUASA...

May 7, 2009

[SediH]-->[HaTi]

PUNCA-PUNCA kesedihan - jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah 'hati'. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri. Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;

1)Suka membuang masa.
Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh. Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu; Pertama untuk Allah SWT; kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu. Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.

2)Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu.
Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman. Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.

3)Kesedihan kerana melupakan Allah.
Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut;Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A'raf: 179).
dicopy dari: i luv islam.com