Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Showing posts with label ~gLoBaL~. Show all posts
Showing posts with label ~gLoBaL~. Show all posts

Jan 8, 2010

Facebook,yahudi dan status Hukum

copy from: www.iLuvislam.com

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

JAWAPAN:

Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ


Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)


Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

Bagi mereka
yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk
manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan
kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c-
Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d-
Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e-
Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f-
Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g-
Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

KESIMPULAN:

Setelah baca artikel ni sedarlah saya betapa lalainya saya disebabkan oleh facebook ini..ya ALLAH!!!

x dinafikan kadang2 memang ada buat je soal2 rahsia tarikh lahir tu semua,tapi saya x percaya lar dengan benda2 tu..astaghafirullah~.ya ALLAH,betapa lalainya saya sehingga lebih banyak menggunakan facebook untuk kepentingan diri sendiri dari menggunakan ia untuk kepentingan agama ISLAM..

insyaALLAH setelah baca artikel ni,saya akan menggunakan facebook sebaik-baiknya dan bukan hanya untuk kepentingan diri saya sendiri sahaja..

apapun semua ni bergantung pada individu masing2..jika anda pandai menggunakan ia baguslah.tp jika tidak jom kita introspeksi diri..

Jan 5, 2010

PoLigAmI

Jalan punya jalan terbaca lar artikel ni
Tajuk dia :Hanya Lelaki Berwibawa Berhak Berpoligami..(Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri)
tetiba rasa nak bercerita atau lebih tepat lagi memberi pendapat...
mungkin ada orang akan kata, saya tidak layak untuk mengemukakan pendapat saya
cz bagi mereka saya masih belum berkahwin dan tidak tahu rasanya seorang isteri bila dimadukan
tapi disini saya nak beri pendapat sebagai seorang perempuan
perempuan mana yang sanggup dimadukan
dan saya rasa x sesiapa yang mahu benda nih berlaku dalam keluarga/rumahtangga masing2
begitu juga saya

mengenai poligami.....
saya tidaklah menentang keras..
saya tidak menentang poligami sebabnya, RASULULLAH S.A.W dahulu juga berpoligami...
Pada zaman RASULULLAH S.A.W dulu, poligami adalah betujuan untuk membantu wanita2 yang memerlukan..
tapi bila kita melihat kondisi zaman sekarang,
kebanyakan lelaki memilih untuk berpoligami hanyalah didorong nafsu semata-mata
tanpa memikirkan akibatnya..
dan yang jadi mangsa keadaan adalah wanita/perempuan..
ini berlainan dengan tujuan poligami pada zaman RASULULLAH S.A.W dulu..

poligami itu tidak salah asalkan lelaki itu dapat memenuhi syarat2 berpoligami..
tapi yang menjadi masalahnya adalah syarat2 itu bukan lar satu benda yang senang untuk dipenuhi..
antara lainnya adalah mampu..
mampu itu sendiri bukanlar hanya dari segi harta benda,wang ringgit..
tapi juga mampu untuk berlaku adil..
adil dalam segala hal..
klu adil dari segi harta benda tu senang,tp klu adil dari segi kasih sayang..mampu ke?!?!
kasih sayang tu kan satu benda yang subjektif..susah untuk diukur..
dan susah juga untuk kita berlaku adil dalam memberikan kasih sayang

pernah saya baca satu artikel..
dalam 10 perkahwinan poligami cuma ada 1 yang berjaya
so 9 yang lain x berjaya..
ada yang bercerai,anak2 bermasalah dan macam2 lagi..
dan kesan dan akibatnya..
lebih banyak perempuan ditelantaran,anak2 yang x terjaga...
kes cerai juga semakin meningkat...
so kalau lebih banyak buruk dari baiknya kenapa mesti pilih yang banyak buruknya..

memang betul lelaki punya 4 kouta
tapi bagi saya,
selagi sang isteri masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri
kenapa mesti sang suami mencari yang baru..
jika lebih banyak mendatangkan keburukan kenapa kita mesti ikut juga kehendak hati

ini semua hanyalah pendapat saya..
saya bukan lar seorang yang pandai dalam hukum hakam agama...
kalau nak tahu lebih lanjut tanya lar pada yang lebih layak, dan yang lebih berilmu dari saya