Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Dec 24, 2012

MATA KECILKU


Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil


Kau buat badanku besar

Kau sayangkan aku


Kau buatku serba kekurangan

Supaya aku berusaha mencari kejayaan

Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan

Kau sayangkan aku


Aku leka dengan hidup dunia

Tiada syukur tersemat didada

Hari hari bergelumang dosa

perhubungan kita tidak ku jaga

seperti seorang anak tak mengenang jasa

Kau sayangkan aku


Aku yg sudah hanyut jiwaku

Rasa tak layak lagi bersamaMu

Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu

kerana ke-alpaan diriku

Kerana kebodohan diriku

kerana keangkuhan diriku

Kerana ku butakan mata kecilku

"Masihkah Kau sayangkan Aku?"


f16 Israel membedil Gaza

Kau sayangkan aku


Bom Bom Israel mencari Syuhada

Kesengsaraan di tanah Gaza

Kehancuran merata- rata

Kezaliman yg tak terkata

Kau sayangkan aku


Kemanusiaan membawaku ke sana

Kau permudahkan segala cara

Walaupun debar menggoncang dada

Kau beri ku kekuatan minda

Selamat perjalananku ke Gaza

Agar akhirnya dapat ku guna

Mata yang lama tak bercahaya

Kerana hanya mengejar dunia

Kau Sayangkan aku


Mataku melihat, runtun hatiku

bukan kerana kematian dan kesusahan di situ

Gaza tanah barakahMU

walaupun semuanya kelabu

Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU

Yang tidak pernah menyoal cintaMU

Yang tak pernah menyalahkanMU

Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri

Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati

Semua kekasih kekasihMU itu merindui

Bersamamu di Jannah nanti


Air mata berlinangan dari mata kecilku

Melihat Ketenangan wajah kekasihMU

Melihat Keberanian jiwa kekasihMU

Melihat keredhaan hati kekasihMU

Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU


Senyum kekasihMU penuh cahaya

Senyun terukir walaupun duka

Senyum di beri tak memilih siapa

Senyum penuh kesyukuran padaNYA


AKu terduduk, terdiam melihatnya

Mata aku berkelip tidak percaya,

tidak pernah aku melihat sepertinya

Adakah aku dibumi nyata

ataupun menghampiri ahli-ahli syurga


Palestin bergolak atas keizinanMu

Kau mahu Palestin menjadi guru

Pelajaran bagi semua umat MU

Menyuluh jalan pulang padaMU


Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah

Kerana setelah semua yg aku laku

kau masih sudi membuka mataku

kau masih sudi mahu bersama ku

Kau masih sudi sayangkan aku

Kau sayangkan aku


Aku bersyukur dan merasa rendah

kerana diriku yang masih kau endah

Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku

dengan badan besarku

dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku

dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu

kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU

Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.

Semua yang ku lakukan kini kerana Mu


UntukMu inginku menjadi Qalam

Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam

Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam

Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.



subhanallah, terusik hati kecil saya tatkala baca puisi ni.

bergenang air di kelopak mata dan mula bertanyakan pada sendiri....




No comments:

Post a Comment