Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Jun 24, 2011

~Marah~

asslamualaikum semua...
ape kabar fizikal mental dan rohani korang semua.
hopefully baik-baik lar eh.
semoga setiap hari semakin baik dari hari sebelumnya.
upaya kita tak termasuk golongan orang yang rugi
Dan lebih ditakutkan lagi adalah termasuk golongan orang-orang yang celaka.
semoga setiap hari kita lebih baik dari semalam..

MARAH
pernah tak korang semua marah?!?!?
takkan tak pernah kan.
macam tak percaya lar plak kalau ada orang yang tak pernah marah dalam hidup dia.
kalau tak pernah marah bagus lar..
tapi kalau anda seorang pemarah kawallah amarahmu

dalam hadis 16 menyebutkan tentang marah

" Dari Abu Hurairah ra, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, "berilah aku wasiat." Rasulullah saw bersabda, "Jangan marah! beliau mengulangi-ulang beberapa kali ucapannya, "Jangan marah!"

dari hadis 16 tu kita dapat lihat betapa Rasulullah SAW berpesan supaya tidak marah.
bukan hanya sekali Rasulullah berpesan, tapi Rasulullah menegaskan berulang-ulang kali supaya kita tidak marah.

seperti diri saya
nak cerita skit tentang diri saya sendiri.
saya memang seorang yang pemarah.
saya seorang yang tak pandai untuk mengawal amarah saya.
kadang-kadang bila hal yang kecik pun saya dah start marah.
dan seperti biasa bila dah marah tu mimik muka akan langsung berubah.
dan kadang-kadang kata-kata yang tak sepatutnya pun keluarlah dari mulut ni.
pernah satu ketika tu bila saya marah habis semua benda saya lempar..
termasuklah handphone. dasyat sungguh..
kesian untuk orang yang rapat dengan saya.
kadang-kadang terkena tempias marah saya..

pernah tak kita berfikir waktu kita tengah marah tu.
syaitan mesti melompat-lompat happy sebab tengok kita marah macam tu.

"Sesungguhnya marah itu drpd syaitan & syaitan itu dicipta drpd api.Jika salah seorang kamu marah, maka hendaklah berwuduk." dari Abu Daud

kalau saya, tengah-tengah marah tu tak teringatlar semua benda ni kan.
ye lar dah kena cucuk ngan syaitan mana bley nak berfikir dengan jernih.
time tu apa yang tahu adalah nak marah orang je kerjanya.
tapi bila dah lepas marah-marah tu baru lar mula nak berfikir, rasa menyesal dan malu.
time tu, syaitan mesti dah menari-nari kemenangan dah.
sebab berjaya buat saya marah..

kadangkala pernah tak kita terfikir yang sebenarnya masalah yang membuatkan kita marah itu
datang dari diri kita sendiri.
kadang-kadang disebabkan ego, kita taknak mengaku yang itu adalah salah kita.
tapi apa yang kita buat adalah kita ikutkan kata hati dengan marah.
dan kadang-kadang marah pada orang yang tidak bersalah sama sekali.

erm tu lar manusia..
dan itulah diri saya..
saya harap tak ada lar seperti saya..
so, after this marah itu harus dikawal, dan kawallah ia dengan baik
supaya ia tak memudaratkan diri kita sendiri tanpa kita sedari..

"Jika seorg dari kamu sedang marah pada saat ia berdiri, maka hendaklah ia duduk. Jika tidak juga hilang marah, hendaklah ia berbaring."

belajarlah untuk lebih banyak bersabar.






No comments:

Post a Comment