Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Aug 3, 2010

~ HaWa ~

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...


Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...


Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...


Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...


Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...


Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?


Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...


Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yang pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

Jul 17, 2010

~wedding~


jom cite-cite pasal kenduri kawen..hehe
kawan-kawan yang seumuran dengan saya
rasanyer, banyak yang dah mendirikan masjid
dalam tahun 2010 ni

(1)
~UMMI NADHILAH ABD RAZAK~
my best friend pun dah mendirikan
rumah tangga tahun nih..
tapi, sayang dan sedih cz saya x dapat datang ke majlis die
padahal, sebelum die bertunang lagi
saya janji nak datang majlis kenduri kawen die
n nak jadi PENGAPIT!!! waktu die bersanding
nak amik berkat lar kan..
mana tau lepas tu, saya plak..hahahaha
sedih sangat, cz saya tak satu pun gambar
waktu die nikah and bersanding
takda satu pun gambar saya dengan pengantin
which is my bestfriend
i'm so sorry sebab x dapat datang
bukan sengaja taknak datang
tapi, saya memang tak dapat nak datang...T_T

macam tak percaya plak die dah kawen...
sekejap nyer masa berlalu sekarang
bestnyer tengok bestfriend saya sendiri dah kawen
tapi kadang-kadang sedih jugak
cz, merasakan saya dah kehilangan sahabat saya..
mana taknya...
kalau sebelum nih, boley kuar lepak2,
boley story macam2
tapi sekarang dah tak boley
kan dah ada suami dan tanggungjawab lain yang lebih penting..
tapi takpe, cz saya kena lar faham orang2 yang dah berkawen nih
saya tak boleh lar samakan ngan orang bujang macam saya..hahahaha

saya mengharapkan die sentiasa berbahagia
dengan suami pilihan keluarga dia
semoga menjadi isteri yang soleha
dan seterusnya menjadi seorang ibu yang penyayang
kalau bab, baby ni..
saya plak yang terlebih excited..hahaha
moga cepat2 dapat baby

(2)
~RIZKARINA NANDADIVA~
yang ni plak, kalau korang sebut nama die
mesti korang pun dapat tahu...
she is one of my Indonesian friend
batch mate ktorng
saya tak lar rapat sangat kan..
ni adalah 2nd time saya datang kenduri kawen dekat indonesia
and 2nd kenduri kawen yang style jawa gtu..
first time,waktu saya sem satu..
one of my senior married with Indonesian girl..
kenduri waktu tu buat dekat kampung pihak perempuan..
boleh nak dikatakan jauh jugak lar dari Surabaya
so ktorng, Malaysian student siap sewa bas untuk pergi kenduri kawen..

this time, is my 2nd time datang kenduri kawen di indonesia
tapi kali ni tak lar jauh macam yang dulu
kali ni still dalam surabaya..
so ktorng nek taksi je lar ramai2..hehehe
kenduri kawen kat sini simple and sempoi..
hahaha...

slalu kalau kat Malaysia, pengantin duduk je atas pelamin..
tapi kalau kat sini pengantin berdiri
dan setiap yang datang semua dapat bersalaman dgn pengantin..
tapi satu je buruk majlis kat sini adalah
kita makan berdiri..
tidak disediakan kerusi meja macam kat MALAYSIA..
and makanan die style buffet..

ni ada beberapa gambar
layan e lar yek..

~first yang saya cari->choc~
Align Center

~red carpet~

~this one is my favorite~

~b'salam dengan pengantin~


selain dari ni ada beberapa lagi kawan saya yang dah kawen
tapi dua ni je lar yang saya storykan
apepun saya doakan yang terbaik buat kengkawan saya yang dah mendirikan masjid

semoga dapat membina keluarga sakinah, mawadah dan warahmah,
semoga bahagia sampai akhir hayat
menjadi suami-isteri yang soleh dan solehah
dan cepat dikurniakan cahaya mata..

Jul 11, 2010

gadis KAMPUNG vs gadis BANDAR

Gadis kampung Vs Gadis Bandar.
kalau dijadikan pilihan yang mana satu yang korang akan pilih
dan kenapa ia menjadi pilihan..
hahahaha...

yesterday, one of my indonesian friend call me "GADIS DESO" @ "GADIS KAMPUNG"
dan saya tak kesah digelar gadis kampung or gadis desa..
saya lebih suka digelar gadis kampung dari gadis bandar..
my indonesian friend terkejut kenapa saya lebih suka dikatakan gadis kampung
sebab bagi mereka, mereka tak rela kalau digelar gadis kampung..
i dont know what the reason, but actualy its up to them..
tergantung pada sesorang itu sendiri..
mungkin ada sesetengah orang tak suka bila dia dikatakan sebagai gadis kampung..
ada yang berpandangan kalau gadis kampung tu..
kolot, ketinggalan zaman, tak trendy, tak ikut zaman, closed minded..
tak tahu ape-ape, lugu and banyak lagi lar...
tapi sebenarnya tak semua gadis kampung seperti itu...

kenapa saya rela digelar gadis kampung?!?!?
  • saya lebih suka hidup dikampung berbanding dibandar walaupun sekarang saya dah tak duduk di kampung lagi..hidup dikampung tu BEST!!! pagi2 nyaman and sejuk je..tak banyak asap.walaupun terceruk but for me itu bukan satu masalah..rindunye kat kampung saya.huhuhu=(
  • bagi saya, gadis2 yang dok kat kampung tu ayu-ayu and lemah lembut.hahaha..alasan yang tak boleh diterima pakai.Saya bukan lar seorang gadis melayu terakhir, tapi saya suka gaya2 gadis kampung..tak terlalu nak berhavok..hahaha.berangan nk jadi gadis melayu terakhir (tapi macam dalam mimpi je).
  • gadis kampung bagi saya tidak semua ketinggalan zaman.sekarang kan dah maju.jangan pernah menganggap gadis kampung tu tak tahu apa-apa..even duduk di kampung tapi hidup macam orang lain jugak.masih tahu nak melaram, makeup...dan saya rasa, style gadis kampung sweet je..kata orang "sedap/sejuk mata memandang"
  • tak semua gadis kampung closed minded and kolot...sekarang bukan nye zaman mat jenin ok!!!
dengan ini bukan bermaksud gadis-gadis bandar lebih buruk...
tapi bagi saya, saya lebih menyukai gadis kampung..
tu lar sebab kenapa saya tak kesah kalau digelar gadis kampung..

Jul 9, 2010

ALHAMDULILLAH=D

ALHAMDULILLAH

hari ni selesai sudah
this week penuh dengan stress
stress cz exam.
tambah plak exam oral bukan mcq
kena berhadapan dengan 10 dokter
mau tercopot jantung
mengigil kaki.

tapi,
satu yang saya rasa lain adalah
saya sudah agak sedikit kuat
berbanding sebelumnya
kalau nak tahu
sebelum ni habis je exam and kuar je dari bilik Dr/Prof
confirm mengalir air mata
tapi kali ni saya berjaya menahan air mata daripada jatuh
walaupun ia dah bergenang di kelopak mata

dan hari ni
setelah selesai exam tengah hari tadi
saya pasrahkan je semuanya
tawakal dan berdoa yang terbaik
dah tak mampu untuk berbuat ape-ape..

dah lama tidak bercerita, membebel kat blog sendiri
kadang-kadang bukak je new post
tapi after that x tau nak post ape kat blog
tak tau nak taip ape
otak jadi cramp sebentar
hahahaha..

ok lar
itu je lar buat memanaskan skit
blog yang dah lama beku nih..
pas ni mesti berderet-deret
panjang lebar saya akan cerita..
hakhakhak

Jun 20, 2010

:-:mengeluh,sedih?!?!


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)."
(Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5-6)


May 26, 2010

~gurls hangout~


ok kali ni saya nk ngomel pasal benda lain selain dari study
asyik cite pasal study je kan
nnt ada orang ckp saya ni x life plak
nerd, asyik cerita pasal study je kn.
tapi nk wat camner
dah memang sekarang ni sebagai seorang mahasiswa pon
so byk cerita pun sekita2 situ gak..

ok2 kali ni lain
saya nk cerita pasal gurls hangout
bila ada masa yang sesuai dan tepat
time ni lar ktorng nk kluar ramai2
slalunye tu klu weekdays jumpe kat hospital je.
jumpe pun mcm2 tu je
sebab department lain2.
klu department sama pun still xjumpe
sebab dipecah2 kan lagi.
klu housemate bley ar jumpe kat umah
tapi klu member2 yang lain tunggu cuti
n xoncall lar baru bley jumpe

so slalunyer bile ada je cuti
and semua x oncall baru ar plan.
plan untuk keluar sama2.
dan slalunyer yang akan diplan adalah.
makan besar beramai2..hehehehe
bukan lar slalu nk makan mewah2
tapi skali skala ngan member2..
time makan2 ni lar bayak je cite keluar..
klakar plak kadang2 tu


celebrate birthday huda sambil tgk IRON MAN!!

last week-hanamasa-

dan dari sini ar kitorng lebih rapat kowt.
klu tak sem2 before xpernah pun kuar b'ramai2.
and slalunye jumpe and cerita2 pun kat kelas je
tapi skang lepas masuk praktikal ni
rasa lebih rapat plak ngan yang lain2
selain tu ktorng kuar beramai2 ni smbil2 nk refresh lar skit2
tak larat lar kan asyik dok m'hadap buku je kan..
(mcm lar m'gadap buku hari2)

bila semua free and x oncall ni lar antara salah satu aktiviti
selain dari berehat2 di rumah..
so tu lar antara aktiviti/gurls hangout yang menjadi pilihan.
ok lar tu je lar saya storykn buat masa skang..
minggu ni ada plan best.hehehe
untuk masa sekarang
i just enjoy my life as docter to be.
hahaha.



May 10, 2010

mum, i love u so much..


I know how often I took you for granted
when I was growing up.
I always assumed you'd be there
when I needed you...
and you always were.
But I never really thought about what that meant
till I got older and began to realize
how often your time and energy were devoted to me.
so now, for all the times I didn't say it before,
thank you, Mom...
I love you so very much!