Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Oct 26, 2010

~happy pills~

semoga apa yang saya buat ni tak salah..
dan semoga apa yang akan saya buat kedepannya pun tidak salah..
saya tak tahu harus macam mana sebenarnya..

to my happy pills..
thanks for all your advice..

mood saya dah kembali seperti biasa.
i'm happy now..
rasa macam nk melompat,haha...



semangat terlebih plak..
esok nak exam, so kena lar semangat kan..
wish me luck for my OSCE tomorrow.
chayoik2!!!

Oct 25, 2010

..kaki bodek....

kaki bodek=kaki ampu=kaki jilat slurrrpp...
erm apa lagi yang sama waktu dengannya..
pernah tak korang kerja or study dengan orang yang macam nih???
ape perasaan?!?!hahahaha...

first time selama saya study kat SURABAYA nih..
ni lar first time saya kena berhadapan ngan orang yang macam tu...
urrrgggghhhh....sangat menyebalkan!!!!!
kalau setakat kaki bodek ampu semua tu.
bley tahan lagi lar kot kalau skit2
tapi ini da lar kaki ampu tambah plak ngan 2 muka..
hadoiiiiii...parah!!!

die punya ampu, sampai salah yang die buat pun dokter x nampak.
yang buruknya, nampak kat orang lain je...
orang lain buat lar sebaik mana pun, takkan kelihatannya..
ko mintak ape semua ko dapat..
ko nak notes, nak exam dengan siapa, nak ape-ape je ar..
semua ok je...
punya pandainya ko jilat kan...
yang lain terpaksa lar nganga n terima je semua...
sedap hidup ko kan..hahahaha
tak yah susah2, juz pandai ampu,bodek, n jilat semua boleh jalan...

yang lain terpaksa sabar je lar kan dengan karenah ko..
terima dengan hati yang pasrah dan redha je..
keberadaan ko menyebabkan 4 minggu terasa lama..
and terasa sangatlar tidak best...
hari2 terpaksa tambah list sebelah kiri sebab dok cakap pasal ko je..
ish3!!!..

ok lar, harap-harap ni last aku cakap pasal ko..
lepas ni tak nak dah,list sebelah kiri bertambah je disebabkan ko...
aku doakan je lar supaya ko dapat berubah dan tak macam tu lagi..
tolong lar usaha skit kalu nak berjaya..
jangan lar dengan usaha membodek je...
tapi usaha lar dengan ilmu n segala tenaga yang ko ada ok...

Oct 12, 2010

~kata-kata itu doa~

selalu tak dengar ayat ni "kata-kata yang kita ucapkan itu adalah doa"
dalam kita sedar atau tidak, setiap kali yang kita ucapkan itu adalah doa buat diri kita sendiri..
disini saya nak lebih tekankan bila kita ditimpa satu masalah,
kita slalu berfikir/berkata yang buruk terlebih dahulu baru kemudian yang baiknya.
atau, kadang kala kita slalu mengeluh kenapa masalah ni terjadi??
kenapa masalah ini menimpa diri kita???

dan lebih parah lagi bila...
kita berfikir untuk sesuatu yang buruk terjadi pada diri kita
disebabkan merasa tidak mampu untuk berdepan/selesaikan masalah tu..
atau merasakan lebih baik sesuatu yang buruk terjadi daripada berdepan dengan masalah tu.
ye lar, mungkin that time emosi menguasai fikiran..
dan bila apa yang dikatakan itu dikabulkan oleh ALLAH.
barulah time tu kita start untuk berfikir..
"oh, kenapa lar aku nak ambil keputusan tu n bla bla bla"
tapi ada juga yang masih belum sedar.
sehingga merasakan masalah datang bertubi-tubi tanpa henti tanpa penghujung.
tapi hakikatnya ia musibah dari mulut kita sendiri..

bila seseorang ada masalah pelbagai cara yang diambil..
ada yang senang untuk bercerita,meluahkan perasaan atau meminta pendapat
pada seseorang yang dirasakan faham akan dirinya.
tak salah, sebab tu salah satu cara untuk membuatkan diri kita rasa tenang dan dapat mengambil suatu keputusan dengan fikiran yg jernih and also avoid dari stress gak..
tapi, pernah tak..
bila kita ditimpa satu musibah kita langsung meluahkan perasaan atau bercerita pada yang ESA..
jangan lihat orang lain, saya sendiri pun jarang buat macam tu.
tapi sebenarnya, pertama yang sepatutnya kita lakukan adalah
mengadu/bercerita/luahkan pada ALLAH..
ALLAH sentiasa akan mendengar dan akan memberi solution yang terbaik buat semua hambaNYA

setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah yang tersendiri..
ALLAH SWT bukanlah saje2 nak uji kita dengan masalah atau kesulitan yang kita hadapi..
setiap masalah atau kesulitan yang kita dapat bukan melebihi kemampuan kita..
tapi sebenarnya kita mampu untuk atasi semua benda tu..
semua tergantung pada cara kita menghadapi dan menyelesaikan masalah tu sendiri.
dan peliharalah mulut kita dari berkata yang buruk apabila ditimpa satu masalah.




Oct 2, 2010

-soul-

lega rasa hati...
hari ni dah boleh menarik nafas lega.
satu minggu ni, setiap hari berdebar-debar..
berdebar-debar nak mengadap muka Dokter untuk exam psikiatri..
akhirnya, yesterday semuanya settle..
Alhamdulillah, dah try sehabis baik. berserah dan bertawakal je lar..
moga2 dokter tu lembut hatinya untuk bagi markah...hehehehe..

selama 4 minggu kat psikiatri
saya lebih mengenal siapa diri saya..
psikiatri bukan hanya belajar schizophrenia tu ape..
tp, kita blajar siapa diri and personality kita sendiri...
mungkin sebelum ni, kita kurang peka/kurang tahu siapa diri kita...
tapi for me, lepas dari department ni..
saya rasa, lebih kenal who i am actully..

dulu before masuk department nih..
bile tgk orang yang ada masalah ngan jiwa nih mesti takut..
mesti kalau boleh nak jauh2, takut nak dekat..
tapi waktu kat department ni lar baru saya tahu...
diorang yg ada masalah dgn jiwa nih bukanlah yang bahaya atau menakutkan...
diorang pun tak mintak diri diorang jadi mcm tu..
mereka perlukan support dari family and sekitar lingkungan die..

jiwa yang sehat adalah
"dapat menyesuaikan diri dalam suatu keadaan walaupun keadaan itu buruk"
seburuk-buruk apa pun situasi ketika tu kita kena hadapi juga
dengan cara cuba untuk sesuaikan diri dalam keadaan seperti itu
"setiap satu kekecewaan itu akan dipakai sebagai pengalaman dikemudian hari"
keadaan yang buruk akan menjadi satu pengalaman bagi kita untuk hadapi apa jua keadaan pada masa depan seterusnya ini akan menjadikan diri kita semakin matang..

sekarang baru saya tahu betapa jauhnya beza antara
~jiwa yang sehat - jiwa yang sakit~
betapa berbezanya antara orang yang sedang sakit jiwanya dan orang yang sihat jiwanya.
so jagalah jiwa kita supaya ia tidak akan sakit.
cz, bila ia sudah sakit, ia akan senang menjadi sakit..


Sep 22, 2010

.....

beberapa hari nih hati tak tenang
badan penat, mata mengantok
tapi tetap jugak tak dapat nak rehatkan badan
ada beberapa hal yang dipikirkan...


to my brother
happy birthday dear
all best wishes for you
semoga berjaya dunia akhirat
i luv n miss you soooooo much


Sep 19, 2010

-Puasa 6 Syawal-

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

cerita ghaya...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin..

tahun nih beraya di INDONESIA.
tak dapat pulang untuk beraya ngan family kat Ipoh, Perak..
sempat lar jugak menitis air mata di pagi raya waktu call family.
tapi sekejap je lar..
anak mama ni kan keras hati skit..
student yang tak pulang kampung tak lar ramai mana pun..
ada dalam 25 orang.

so seperti biasanya,
aktiviti bermula malam raya dengan masak beramai-ramai
sambil masak-masak juadah untuk hari raya besok,
ada lar yg siapkan ayam bbq untuk disantap malam tu..
juadah raya tahun nih : bihun sup, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang n kuih muih skit
so malam raya tu lar bertungkus-lumus + selekeh siapkan juadah untuk pagi raya..
masak sambil nyanyi2 lagu raya kat dapur (dapat laki tua lar jawabnya)
sambil2 masak tu, sempat gak lar main mercun malam tu..
tu benda wajib time raya...

makanan semua setle lebih kurang 2 pagi..
balik terbongkang and nasib baik pagi raya terbangun untuk solat sunat idulfitri
macam biasa kalau kat rumah, habis solat raya, bermaaf-maaf ngan family..
disebabkan jauh dari family, call je lar yang boleh kan
selesai solat, bersiap untuk aktiviti pagi raya..hahaha
berkumpul di rumah yang biasa jadi tempat berkumpul budak2 malaysia
hidang makanan yang dah siap...
after tu ape lagi makan lar..
rasa x lar sama tapi bersyukur lar at least dapat merayakan aidilfitri..
daripada orang lain yang x tentu ada atau tidak juadah di pagi raya kan...

habis borak2 n bermaaf-maafan satu sama lain
selesailah aktiviti hari raya...hahaha
klu kat malaysia, 30 hari puasa 30 hari juga lar beraya..
kat sini raya sesimple yang boleh..
at least merasa suasana raya..

malam 1 Syawal---> Demam PANAS
lengkap raya saya tahun nih..
dok rumah sorang2 then demam panas plak..terBAIK!!!
nak kata makan lemang banyak, lemang pun takda..
makan kuih raya banyak, kuih raya pun tak banyak mana..
memang nasib lar...
terima je lar, dah nk demam nk wat mcm mana kan..
whole night dok terbaring atas katil..
kena sehat cepat cz esoknya onduty kat wad psikatri 24 jam...

2 Syawal, bangun lambat..
dapat SMS dari dokter yang onduty juga hari tu
alamak,mati lar aku pagi tu...
berlari ke hospital, sampai2 kena marah sebab lambat
ape lar nasib raya tahun nih..
dah lar demam+on duty kat wad+kena marah sebab lambat..perfect!!!
time tu sedih nyer hati, tapi xpe lar..
terima je lar, ikhlaskan hati...

nasib baik sekarang kat department psikiatri..
so patient pun x lar ramai sgt..
ada lar 9 orang patient kat wad time raya tu
and semuanye aman2, x mengamuk..hahaha
keje pun senang lar kan..
duduk je kat dalam bilik DM..
tunggu ada konsul atau tak
rasa macam pergi holiday kat wad psikiatri

aktiviti yang sama untuk 3 & 4 Syawal...
itu lar cerita ghaya tahun nih..
slalu pergi rumah sedara, tapi tahun nih
beraya ngan patient kat wad psikiatri...hehehehe.