Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Feb 4, 2012

luahan seorang penganggur...

Setelah 35 hari di tahun 2012 barulah saya menconteng-conteng disini.
haih, aritu punya lar kata akan menghupdate blog sebabkan banyak masa terluang yang dibuang-buang kan..opppsss
itulah, manusia ni hanya mampu merancang,
tp ALLAH SWT lebih dahulu merancang yang terbaik untuk diri kita.

alhamdulillah, tahun 2012 ni dimulai dengan sesuatu yang baik dan manis.
dan sudah pasti lebih banyak cabaran yang bakal saya hadapi pada tahun ni.
apa yang saya harapkan, saya dapat lalui tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas.
dan saya harap tahun ni lebih membawa banyak kebaikan kepada diri saya.
saya tidak mengharapkan yang baik dan bagus-bagus sahaja.
sebab mustahil lar, dalam satu tahun tu semuanya berjalan seperti apa yang kita mahukan.
dan mustahil lar kalau dalam masa setahun tu semuanya manis sahaja kan..
sebab kadang-kala yang pahit tu perlu juga untuk kita.
perlu untuk kita supaya kita dapat perbaiki diri kita kearah yang lebih baik.
yang pahit itu lar yang membuatkan kita lebih matang.
jangan menganggap yang hitam itu sentiasa buruk, sebab dal buruk ia ada baiknya.

tahun ni, saya mulakan dengan syukur tak terhingga.
alhamdulillah majlis PELANTIKAN/CONVO/GRADUATION saya berjalan dengan baik.
ye, yang anda baca diatas.tulisan yang sudah di capslockkan
saya dah selesaikan study saya dan pulang ke tanah air.
saya harap itu menjadi satu hadiah buat ibu dan abah sebab last year takda hadiah saya berikan.

dan sekarang saya dah berada di MALAYSIA.
untuk makluman semua, bagi yang nk tahu,yang taknak tahu pun takpe.hehehe..
dah masuk 4 bulan saya di MALAYSIA dan dengan itu jugalah sudah 4 bulan sayadinobatkan sebagai seorang penganggur yang berjaya.
penganggur yang berkaliber dan berjaya menternak lemak-lemak di badan.hahaha..
so jangan kata balik-balik ko dah boleh terus kerja ok!!
tak lar secepat itu, tp kerja tu ada insyaALLAH..
kalau saya jual goreng pisang or karipap panas depan rumah confirm laku. hehehe
dapat gak duit poket, daripada nak susah-susah and malu-malu mintak duit kat mak kan.
ye lar,sepatutnya sekarang ni saya plak yang bagi duit dekat mak dengan ayah saya.
dan apa yang membuatkan saya tidak tenang sekarang ni,
dengar kata induction untuk next HO adalah dlm bulan APRIL..
APRIL ye kawan-kawan..
so total saya menjadi penganggur adalah sebanyak 7 bulan.


gambar sebagai penyeri

apepun saya tetap bersyukur..
terima dengan redha je semua ni.
semua ni dah diatur dengan baik untuk saya olehNYA.
tak baikkan t'lalu banyak mengeluh..
dah ada masa lapang ni gunalah sebaik-baiknya.
nanti dah sibuk mengada nak cuti plak.
tu lar, manusia tak reti nak bersyukur, yang tahunya nak mengeluh je..
so BERUBAH lar wahai zafirah!!!!

banyak hikmah yang saya dapat walaupun duduk menganggur.
bila lagi saya nak duduk membaca buku-buku pembangkit dan penyubur jiwa.
yang sebelum ni hanya dipandang sebelah mata,kalau tak pun ianya hanya sebagai bedtime story or bacaan bila waktu tengah down.
yang sebelum ni lebih banyak m'baca buku-buku ilmiah yang terkait dengan apa yang saya tengah belajar/buku merapu yang lain,
so saya rasa ni lar masa paling tepat untuk saya habiskan masa dengan baca buku2 penyubur jiwa disamping sebagai makanan rohani saya.
ada pepatah "kita seperti apa yang kita baca"
so masa menganggur ni lar saya cuba untuk membaca buku-buku yang bagus untuk membentuk diri kepada yang lebih baik.

selain tu, bila lagi saya nak duduk memperbaiki bacaan al-quran saya dan bila lagi saya nak mentaddabur ayat suci darinya.
yang sebelum ni baca sehari sehelai and taddabur tu jarang sekali.

bila lagi saya nak gunakan masa ni untuk saya membantu mama saya dekat rumah.
bila lagi saya nak tolong masak untuk family.
bila lagi saya nak basuh baju untuk mama and adik-adik.
bila lagi saya nak berbakti kepada ibu dan ayah saya..
kalau nak difikirkan, sudah cukup ke saya berbakti kepada kedua orang tua saya selama 24 tahun lebih saya hidup.
nak dibandingkan dengan apa yang mama dan abah dah lakukan, apa yang saya buat sekarang ni taklah seberapa.

kadang-kadang saya mengeluh jugak.
penat buat kerja-kerja rumah.
tambah-tambah pulak saya seorang perempuan.
nak mengharapkan enchik-enchik hero kat rumah tu tak berjalan lar kerja tu semua.
penat bila setiap hari saya kena kemas rumah, basuh baju (even ada mesin basuh), masak, dll.
pernah sampai nak nangis bila buat semua tu.
ye, lar saya pun nak jugak merasa seperti orang lain.
kadang-kadang jiwa yang masih remaja ni memberontak jugak.
kadang-kadang terlepas juga kata-kata sehingga tersentuh hati mama saya.
(sy masih bukan seorang anak yang baik)


gambar sedikit hiperbola~

tapi bila saya fikir balik, saya pujuk hati saya balik, saya tegur diri saya balik..
ni lar apa yang mama saya buat selama 24 tahun saya hidup..
semua mama buat tanpa pernah mengeluh sedikit pun.
apa keperluan saya adik beradik mama cuba lengkapkan tanpa mengeluh,
so, saya fikir takkan lar saya yang baru buat kerja ni beberapa bulan nak mengeluh..
akhirnya saya ikhlaskan juga dan ringankan diri.
saya cuba luruskan niat saya.
supaya saya tak rasa berat nak buat kerja-kerja tu semua.

mungkin bagi awak semua yang baca post saya kali ni.
alar, kerja-kerja rumah tu pun nak mengeluh ke.
kerja-kerja rumah tu pun nak jadi satu masalah besar.
tapi itulah hakikat yang sebenarnya..
setiap orang ada pendapat mereka tersendiri.
saya berfikir, kalau dengan kerja rumah yang sedikit ni pun saya masih belum dapat menjadi seorang anak yang baik.
apa pula yang jadi bila saya dah kerja.
dimana saya dah ada tanggungjawab lain yang lebih besar.
dan, macam mana pula bila saya dah punya suami dan keluarga saya sendiri.
tanggungjawab waktu tu dah plus plus dah.
so macam mana saya nak berbakti pada kedua ibu bapa saya sedangkan benda yang masih simple ni pun saya tak dapat buat..

so, ini lar ibrah (boleh dikatakan ibrah ke???urmm) yang boleh saya ambil.
so, walaupun saya seorang penganggur, tapi saya harap masa terluang saya sebagai penganggur ni tak sia-sia macam tu je lar.
ALLAH SWT perancang sebaik-baik perancang.
DIA maha MENGETAHUI apa yang terbaik buat setiap hambaNYA.

*sorry post kali ni meleret-leret plak..*
dah lama tak hupdate, sekali hudapte panjang berjela
sungguh tidak istiqomah..hahaha

sami yusuf - Muhammad



We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Dec 9, 2011

be positve +++

Jumaat penghulu segala hari..
alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen,
tanpa perlu bayar sesen pun olehNYA..

lets start our day with positive thinking/positive way.
buang semua yang negative-negative tu.
kita mulakan yang postive dari dalam diri kita.
seperti ape yang Prof Dr Muhaya Muhammad katakan
mulakan dari luar ke dalam.
jika dalaman kita positive maka luaran kita pun akan postive..

ingat amanah dan tujuan yang telah diberikan kepada kita.
perbetulkan semula niat dan tujuan hidup kita.
semoga kita dapat menjadi muslim yang produktif..
saya sangat merindukan mereka-mereka yang sentiasa ada untuk menguatkan saya.
sangat merindukan masa-masa berbulatan gembira bersama mereka,.
sampai rasa nak menjerit


Dec 8, 2011

saat diri hampir tersungkur


Jom kita baca artikel ni..
thanks kepada k.nur untk artikel ni..
sangat membasahi jiwa terutama time kita tengah dalam kesulitan..
tapi perlu kita ingat bukan hanya bila kita dalam keadaan sulit baru kita ingat ALLAH..

tapi kita perlu sentiasa megingatinya dalam setiap hembusan nafas kita.

dari mula kita membuka mata di pagi hari sehinggalah kita ingin menutup mata malamnya...


'"Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.'

~Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A~

kesulitan dan kesusahan.

setiap kesulitan yang kita hadapi bukan bermakna ALLAH tak sayang kita.

ataupun sengaja nak menguji kita.

tapi ingatlah setiap dugaan dan kesulitan yang dihadapi adalah kerana ALLAH terlalu sayangkan kita.

ALLAH terlalu rindukan kita sujud dan meminta kepadaNYA sehingga DIA terpaksa memberikan kita kesulitan.
sebab DIA tahu yang hambanya selalu akan mengingatinya terutama bila dah dalam kesulitan..

so, jangan sedih dan berputus asa, tapi ambillah ia dalam positive way.

setelah baca artikel ni marilah sama-sama kita fikirkan,



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…


Maksudnya: Dan boleh jadi, kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang Allah tidak mengetahui. ( Al-Baqarah: 216)



Maksudnya: “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?( Al-Ankabut:2)



Dalam ayat yang ana nyatakan di atas, secara terang Allah memberitahu kepada kita, bahawa setiap sesuatu yang Allah limpahkan,yang Allah berikan dan Allah timpakan kepada kita semuanya adalah baik untuk kita. Setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi yang Allah sahaja maha mengetahuinya. Kita pasti akan rasa sedih, kecewa apabila sesuatu yang kita idamkan dan kita ingini tidak dapat kita peroleh, lalu terdetik dalam hati kita, kenapa mesti kita yang ditimpakan ujian seberat ini, dan kadangkala kita menyalahkan orang lain atas sesuatu yang tidak dapat kita kecapi.



Namun sedarkah kita, bahawa setiap yang Allah tentukan untuk kita adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita…Dan setiap yang baik dan buruk itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Ana teringat kata-kata seorang sahabat, “ Biarlah menangis dalam keadaan dekat kepada Allah, daripada ketawa dan gembira yang melupakan Allah”.

Ana dikelilingi dengan sahabat-sahabat dan rakan taulan yang diuji dengan pelbagi ujian…Diuji dengan masalah keluarga, diuji dengan masalah akademik sehingga kadang-kadang mereka hampir jatuh tersungkur….walaupun kadang-kadang mengalir juga air mata kerana kesakitan, tapi bagi ana menangislah jika itu akan melegakan. Setiap titisan air mata yang mengalir kerana kesusahan dan bersabar dengan ujian Allah itu, moga-moga Allah bayar setiap titis air mata kita di akhirat kelak.


Masya Allah, hebatnya mukmin itu, apabila dia hampir tersungkur, tetapi jika dia kembalikan segalanya kepada Allah, seakan ada satu aura ketenangan yang mengalir dalam diri, satu sumber kekuatan untuk dia bangkit kembali…


Bacalah Al-Quran..

Kerana dalam Al-Quran ada penawar bagi segala penyakit, penawar bagi segala kekusutan dan makanan rohani untuk kita…kerana kadangkala, rohani ini kita ini sudah terlalu lama kekeringan dan kekontangan, jauh dari Allah…

Dan saat kita diuji itulah…

Tanpa kita sedar…kita kembali kepada Allah…




“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)




“ iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( Ar-Ra’d: 28)




“ Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu palajaran ( A-Quran) dari TuhanMu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”( Yunus: 57)



Wahai hati-hati yang kekusutan,

Wahai hati-hati yang kekeringan,

Kemblilah kepada pencipta hati itu,

Kerana Dia lebih mengetahui akan ubatnya…..


Ingatlah ayat Allah yang berbunyi, jika kita lupa kepada pencipta kita, maka Allah akan melupakan diri kita……

Di kala kita sibuk mencari penawar kepada pelbagi krisis jiwa hari ini, kita memilih untuk menyelak teori-teori barat, sedangkan penyelesaiannya telah lama Allah titipkan buat kita.

iaitu Al-Quran…


Bacalah….

Bacalah…

Bacalah…

Moga hati yang bengkok itu lurus kembali..Amin.

Dec 2, 2011

~26.11.2011~

assalamualaikum pembuka bicara untuk post saya hari ni.

post harini agak sedikit santai.
walaupun benda yang saya nk kongsi ni boleh dikatakan biasa and mungkin semua orang dah tau.
tapi sedikit sebanyak semoga ianya bermanfaat.
bukan untuk yang membaca je, tp untuk diri saya sendiri jugak.

ada tak ataupun pernah tak tengok cerita kartoon upin ipin yang tajuknya bersunat.
kalau ada ok lar, kalau tak ada pun takpa..
bukan sebab apa, cerita upin ipin ni banyak bagi moral value yang tinggi.
dan bg saya sangat sesuai lar klu budak-budak tgk kartoon ni.
kalau nak dibandingkan dgn kartoon2 lain...
bg yang ada encik hero dekat rumah yan masih belum sunat, bglar tgk cerita ni..hahahah
so harini sebenarnya saya nak berkongsi pasal sunat ataupun berkhatan.
bukan sebab apa, tapi sebab encik hero saya yang last baru je bersunat minggu lepas.
nak lar berkongsi sedikit cerita sunat and berkhatan ni dgn pembaca2 semua kan (badjet ramai je baca blog ko ni kiah..ehehe)

ok sedikit pasal encik hero saya ni.
dia baru nak masuk darjah 2 tahun depan.
merupakan adik saya yang terakhir.
kenapa saya suka panggil adik-adik saya ni dengan panggilan encik hero,
sebab diorang memang hero-hero yang saya ada.
and saya je lar seorang je heroin dalam adik beradik saya ni.
encik hero last saya ni sangat banyak cakap and sangat berani.
untuk bersunat ni, bukan paksaan/disuruh oleh puan dan tuan besar,
tapi adalah dengan kerelaan dirinya sendiri.

antara sebab kenapa dia nak bersunat:
-dia nak belajar azan, so nanti dia boleh azan dekat surau.
-dia slalu ikut encik hero saya yang lain ke surau solat jemaah,
-dia nak klu solat dia boleh satu saff dengan encik hero saya yg lain.

ha, ni lar pemangkin yg bg dia semangat berkobar-kobar nak bersunat tahun ni jugak.
habis semua cerita ngeri p.cik saya kelentong bg dia takut.
tapi dia buat slamber die je..
mngkin sebab memang keinginannya sendiri.
so rasa takut tu hilang lar sikit.
encik hero ikut majlis sunat beramai-ramai dekat masjid kat kampung.
pagi hari nak bersunat tu dah macam orang nak bernikah pun ada.
pkai baju melayu siap pkai sampin and songkok.
lepas tu ada makan beradap and yang paling best mandi bomba.
paling saya kagum dengan encik hero ni dia tak menangis ataupun menjerit sedikit pn
dah bersunat pun muka steady lagi..
and 2 hari lepas tu dah belari dah..
memang hero sungguh...

ok,
tu cerita pasal encik hero sy bersunat.
tiada apa yg special pun.
cuma keinginan dia yang tinggi buat saya kagum..
apa yang saya nak kongsi adalah dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama

Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi'i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.
Antara dalil yang dijadikan landasan para ulama yang mengatakan sunat/khatan wajib adalah:
Dari Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa nabi Ibrahim melaksanakan khatan ketika berumur 80 tahun, beliau khatan dengan menggunakan kapak. (H.R. Bukhari). Nabi Ibrahim melaksanakannya ketika diperintahkan untuk khatan padahal beliau sudah berumur 80 tahun. Ini menunjukkan betapa kuatnya perintah khatan.

ni adalah dalil yang saya selalu dengar kalau bila ada yang bertanya tentang hukum berkhatan/bersunat.

Seperti apa yang kita ketahui agama islam sangat mementingkan kebersihan. Khatan mempunyai faedah bagi kesehatan karena membuang anggota tubuh yang yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap. Beberapa penelitian perubatan membuktikan bahwa penderita penyakit kelamin lebih banyak dari kelangan yang tidak dikhatan. Begitu juga penderita penyakit berbahaya seperti AIDS, Barah alat kelamin dan bahkan Barah rahim juga lebih banyak diderita oleh pasangan yang tidak dikhatan. Dan dgn sebab ini sekarang sudah ramai orang bukan islam turut berkhatan.

Waktu wajib khatan adalah pada saat balig, karena pada saat itulah wajib melaksanakan sholat. Tanpa khatan, sholat tidak sempurna sebab suci yang yang merupakan syarat sah sholat tidak dapat dipenuhi.Adapun waktu sunnah adalah sebelum balig. Sedangkan waktu ikhtiar (pilihan yang baik untuk dilaksanakan) adalah hari ketujuh setelah lahir, atau 40 hari setelah kelahiran, atau juga dianjurkan pada umur 7 tahun.

Ini adalah beberapa info mengenai berkhatan yang saya dapat and saya share dekat sini. tidak seberapa tapi semoga bermanfaat. jika ada info yang saya share disini salah jangan lar segan silu untuk menegur and membetulkan apa yang salah.