Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Jan 12, 2011

~MuKaDiMaH 2011~

beep...beep..beep..

rindunya,lama rasanya tak corat-coret kat sini..
harini disebabkan terlalu rindu sangat nak blogging,
habis je kelas langsung topup tenet..
hehehe..

ape je kisah si empunya blog ni slama sebulan lebih ni..

kisah seperti biasanya.
tiada yang begitu menarik..
menjalani hidup as a medical student yang tengah praktikal as usual.
masuk kelas siangnya, malam plak on duty kat RSUD Dr Seotomo,exam,and responsi.
itulah cerita sehari2 saya..
klu orang lain, mesti kata erm takda life langsung..
go and get ur life..
tapi ntah bagi saya, i enjoyed my life right now..
ape yang ada dalam kepala otak ni skang is cepatlah nak habis study.
sebab all my senior dah grad..
congrats to all my senior batch 2004 and 2005.
semoga menjadi seorang dokter yang baik.
jeles plak tengok diorang dah grad and in front of their name dah ada Dr skang..hehehe.
takpe lar, insyaALLAH masa saya pun tak lama lagi..

hopefully saya tak terlambat untuk wish "happy new year"
still bulan januari kan, so consider still mood new year lagi lar ek..
hari tu new year pun x sedar rupa-rupanya saya dah dekat 5 tahun di indonesia.
tak terasa plak dah 5 tahun merantau jauh kat negeri orang, jauh dari family semata-mata mencari ilmu..
orang slalu tanya, kenapa blajar jauh-jauh sedangkan di MALAYSIA kan lebih bagus.
dan slalu jawapan saya adalah, sudah rezeki saya blajar disini, saya terima apa adanya
dan bersyukur pada yang ESA sebab bagi saya peluang untuk saya blajar kat sini..
blajar kat negara ni pun tak lar teruk mana seperti apa yang orang lain bayangkan.
alhamdulillah sebab selama saya blajar kat sini, saya banyak belajar tentang hidup dan merasa lebih bersyukur atas apa yang saya dah ada.
sebab kalau kita tengok kat sini banyak je orang lain yang lebih susah dari diri kita.
mungkin kita merasa kita lar yang paling susah tapi kat sini banyak lagi orang lain yang lebih susah dari diri kita sendiri.
and so far saya study kat surabaya ni, alhamdulillah saya terhindar dari segala bencana.

urm, banyak yang saya blajar waktu tahun 2010.
kalau dari post-post terakhir tu empunya blog ni dalam kondisi and keadaan serabut.
macam- macam yang dah jadi, lepas satu-satu datang.
tak settle lagi dah tambah lagi satu.
takpe lar, saya terima semuanya.."after a hurricane comes a rainbow"
saya dah try untuk bagi yang terbaik,walaupun saya rasa hasil akhirnya tak begitu baik seperti ape yang saya harapkan.
tapi takpe lar, ape yang mampu saya buat skang hanyalah berdoa semoga semuanya kembali seperti biasanya walaupun saya juga merasakan yang hal tu macam sulit je.
biarlar masa yang membetulkan semuanya..
sebab hati, badan dan fikiran ni dah penat dan merasa dah tak mampu.
tindakan yang terbaik yang dapat saya buat adalah mundur setapak ke belakang, berdiam lar sebab itu yang terbaik, dan berdoa semoga semuanya selesai dengan baik.
biarlah ape yang dah jadi dibiarkan berlalu..
ia tetap akan menjadi satu cerita yang saya akan ingat dalam hidup saya.

saya rasa cukuplah kot
mukadimah saya bagi tahun 2011 ni.
akhir kata:
Thanks to those who hated me,they made me a stronger person.
Thanks to those who loved me,they made my heart bigger.
Thanks to those who were worried about me,they let me know that they actually cared.
Thanks to those who left me,they made me realize that nothing lasts forever.
Thanks to those who entered my life,they made me who I'm today.
Good bye 2010 and hello 2011..

Dec 14, 2010

JanGan SaLahkaN CintA

cuba baca artikel ni, renung dan fikirkan lar...

Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkanpasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila,tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." (Surah An-Nisaa', 4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

hati sudah kering

lepas satu-satu.
kadang merasakan diri ni dah tak mampu untuk bertahan.
tapi mahu tidak mahu harus tetap kuat untuk bertahan.
setiap ujian yang ALLAH berikan ada sebab dan hikmah tersendiri.
ALLAH sangat sayangkan saya thats why DIA berikan semua ini.
dan DIA tahu saya boleh lalui semua ni..

hati dah kering dengan ape yang dah jadi.
adakah saya sudah tidak berperasaan??
bukan tidak berperasaan tapi terpaksa membuatkan hati ni keras.
saya penat dengan semua yang jadi.
saya tahu bukan saya je yang penat dengan semua ni yang lain jugak penat dan lebih penat.
tapi kenapa still korang pilih jalan untuk lebih memenatkan hati dan diri
dan ini semua salah saya sampai benda ni jadi lebih dan terlalu complicated.

so sekarang,
lebih baik saya diam dan melangkah setapak kebelakang.
sebab saya merasakan setiap apa yang saya katakan semuanya menjadi lebih rumit.
niat dihati nak membantu dan menjernihkan keadaan
tapi rupa-rupanya lebih memburukkan keadaan.
lebih banyak saya bercakap lebih menyakitkan hati orang lain
dan lebih menyakitkan hati sendiri sebenarnya.
benarlar kenapa ALLAH jadikan mulut satu dan telinga dua..
biarlah lebih banyak mendengar dari banyak berbicara.

Nov 30, 2010

sangat serabut...
begini salah..begitu salah..
tapi kali ni memang saya yang salah
i'm so sorry for making all dis thing become more complicated.
sorry to both of you.

Nov 11, 2010

Buatmu Ibu


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


**************************

i really miss my mum..
bergenang air mata bila dengar balik lagu ni..
k.long tahu mama kuat.
and i proud with you.
no matter what happen
i always be with you.

****************************

Dan Tuhamnu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia.
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang diantara keduanya
atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah"
dan janganlah engkau membentak keduanya
dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang
dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"

(A-Isra':23-24)

Nov 5, 2010

ooOOnothingOOoo

hati..
perasaan...

Dalam apa saja yang kita buat..
kita tak akan pernah dapat menyenangkan hati semua orang.
dalam setiap apa yang kita buat
tak semua benda disukai oleh orang lain
mesti ada kekurangannya..

tak pandai untuk menjaga hati orang lain
sehingga kadang-kadang orang lain akan terasa hati
tak pandai untuk menyenangkan hati orang lain..
sehingga ada yang tidak disenang..
tak pandai untuk fahami orang lain..
sebab kadang-kadang masih mencari identiti diri..









Nov 4, 2010

~A.N.E.S.T.H.E.S.I.O.L.O.G.Y~

department baru...
yeay, at last terlepas dari E.N.T. yang bagi saya sangat lar x best.
tp sebenarnya ilmunya sangat best..
kita akan jumpa dengan comman disease..
sinusitis, pharingitis, tonsilitis..and semua yang tis tis lar..
semua tu, kita sendiri pun pernah alami..

selama jaga kat ER E.N.T banyak lar gak dapat patient..
yang aneh sangat tu tak lar..
sebab seperti biasa klu time saya duty mesti dapat px yang aneh2.
and nak kata banyak tu bley tahan gak lar bagi satu department kecik ni..
ada patient datang dengan hidung kemasukan lintah..
ada gak yang telinga kemasukan lipas..
budak 5 thn tertelan meatball..
and ada lagi lar beberapa yang lain..

so, alhamdulillah selama 4 minggu banyak gak lar ilmu yang saya dapat
even dapat pembimbing yang tak berapa best kan..
tapi xpe lar, terima apa adanya..
and terima kasih banyak cz sudi mengajar..

and now-> ANESTHESIOLOGI
minggu ni direfresh dengan ilmu2 Kicap ABC
before ktorng start our duty..
ilmu die sgt cool, and best lar..
banyak bermain dgn waktu cz klu lambat,
patient tu akan dimasukkn ke TRIASE-BLACK...
huhuhuhu...
so,tak sampai seminggu lagi
tapi badan dah mengeluh penat..
aiyark, stamina sangat kurang..
belum lagi kena kerja yang lebih teruk dari nih..
ni baru dari jam 0700-1600 duduk dengar, diskusi, n praktikal..
itu pun dah melepek macam orang kerja dari jam 0700-1900..
badan..
tolong lar kuat skit..
jangan lembik sangat ye..
n yang penting jangan sakit...