Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Sep 19, 2010

cerita ghaya...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin..

tahun nih beraya di INDONESIA.
tak dapat pulang untuk beraya ngan family kat Ipoh, Perak..
sempat lar jugak menitis air mata di pagi raya waktu call family.
tapi sekejap je lar..
anak mama ni kan keras hati skit..
student yang tak pulang kampung tak lar ramai mana pun..
ada dalam 25 orang.

so seperti biasanya,
aktiviti bermula malam raya dengan masak beramai-ramai
sambil masak-masak juadah untuk hari raya besok,
ada lar yg siapkan ayam bbq untuk disantap malam tu..
juadah raya tahun nih : bihun sup, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang n kuih muih skit
so malam raya tu lar bertungkus-lumus + selekeh siapkan juadah untuk pagi raya..
masak sambil nyanyi2 lagu raya kat dapur (dapat laki tua lar jawabnya)
sambil2 masak tu, sempat gak lar main mercun malam tu..
tu benda wajib time raya...

makanan semua setle lebih kurang 2 pagi..
balik terbongkang and nasib baik pagi raya terbangun untuk solat sunat idulfitri
macam biasa kalau kat rumah, habis solat raya, bermaaf-maaf ngan family..
disebabkan jauh dari family, call je lar yang boleh kan
selesai solat, bersiap untuk aktiviti pagi raya..hahaha
berkumpul di rumah yang biasa jadi tempat berkumpul budak2 malaysia
hidang makanan yang dah siap...
after tu ape lagi makan lar..
rasa x lar sama tapi bersyukur lar at least dapat merayakan aidilfitri..
daripada orang lain yang x tentu ada atau tidak juadah di pagi raya kan...

habis borak2 n bermaaf-maafan satu sama lain
selesailah aktiviti hari raya...hahaha
klu kat malaysia, 30 hari puasa 30 hari juga lar beraya..
kat sini raya sesimple yang boleh..
at least merasa suasana raya..

malam 1 Syawal---> Demam PANAS
lengkap raya saya tahun nih..
dok rumah sorang2 then demam panas plak..terBAIK!!!
nak kata makan lemang banyak, lemang pun takda..
makan kuih raya banyak, kuih raya pun tak banyak mana..
memang nasib lar...
terima je lar, dah nk demam nk wat mcm mana kan..
whole night dok terbaring atas katil..
kena sehat cepat cz esoknya onduty kat wad psikatri 24 jam...

2 Syawal, bangun lambat..
dapat SMS dari dokter yang onduty juga hari tu
alamak,mati lar aku pagi tu...
berlari ke hospital, sampai2 kena marah sebab lambat
ape lar nasib raya tahun nih..
dah lar demam+on duty kat wad+kena marah sebab lambat..perfect!!!
time tu sedih nyer hati, tapi xpe lar..
terima je lar, ikhlaskan hati...

nasib baik sekarang kat department psikiatri..
so patient pun x lar ramai sgt..
ada lar 9 orang patient kat wad time raya tu
and semuanye aman2, x mengamuk..hahaha
keje pun senang lar kan..
duduk je kat dalam bilik DM..
tunggu ada konsul atau tak
rasa macam pergi holiday kat wad psikiatri

aktiviti yang sama untuk 3 & 4 Syawal...
itu lar cerita ghaya tahun nih..
slalu pergi rumah sedara, tapi tahun nih
beraya ngan patient kat wad psikiatri...hehehehe.

Sep 9, 2010

-MaMa-

mama, sorry tahun ni k.long tak dapat tolong bersihkan rumah,..
mama, sorry tahun ni k.long tak dapat tolong buatkan kuih raya,..
mama, sorry tahun ni k.long tak dapat tolong gantungkan langsir...
mama, sorry tahun ni k.long tak dapat temankan mama beli barang...
mama, sorry tahun nih k.long tak dapat tolong mama masak rendang...
mama, sorry tahun nih k.long tak dapat nak beraya dengan mama....

sedih kat hati ALLAH je lar yang tahu...
sorry sebab k.long amik keputusan untuk tak balik raya tahun nih..
bukan tak nak balik, tapi teramat sangat lar nak balik..
bila memikirkan keadaan yang tidak berapa baik..
keadaan tidak normal seperti biasanya...
membuatkan k.long rasa tawar hati..
membuatkan k.long rasa sedih...
k.long tak nak balik beraya, tapi bersedih n tak happy..

k.long sentiasa mendoakan yang terbaik..
dan akan sentiasa mengharapkan yang terbaik..
k.long sangat SAYANGkan mama..
ape pun jadi k.long tetap SAYANG mama..
bagi k.long, kami adik beradik hanya punya satu mama.
dan selamanya pun macam tu jugak.
tak pernah ada yang berubah.
dan tiada siapa yang boleh mengubah.

sempena aidilfitri
k.long hulurkan 10 jari
mohon maaf sebesarnya.
maaf, jika selama ni k.long selalu susahkan mama.
munkin k.long ada menguriskan hati
membuat mama pening memikirkan k.long.
selalu buat mama risau.degil dan keras kepala
tak mendengar kata/nasihat mama
dan akhir skali halalkan segala makan dan minum k.long slama nih
terima kasih dah melahirkan dan membesarkan k.long
jasa mama tak munkin dapat k.long balas..

~happy eid~

tinggal esok untuk kita berpuasa
bulan RAMADHAN tahun ni akan melabuhkan tirainya
semoga segala amal yang dilakukan diterima disisi ALLAH SWT
dan semoga saya dipanjangkan usia,
diberi tubuh badan yang sihat
diberikan kesempatan
untuk dapat bertemu kembali
dengan RAMADHAN 2011


masih belum merasa puas berada di bulan RAMADHAN tahun ni
merasakan seperti baru semalam mula berpuasa.
apa yang saya harapkan
bulan RAMADHAN ni sedikit sebanyak dapat mendidik diri saya sendiri.
mendidik untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

untuk sesiapa saja.
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin
maaf segala salah dan silap
yang sengaja maupun yang tidak disengajakan
maaf untuk kata-kata yang terlanjur
halalkan segala makan dan minum


Sep 4, 2010

SUMOBITO---1001 memory--


SUMOBITO meninggalkan 1001 kenangan
tak kira lar kenangan itu pahit atau manis....
SUMOBITO banyak mengajar tentang kehidupan....
berada di sebuah desa yang boleh dikatakan terpencil selama 3 minggu
membuatkan saya sentiasa mengucapkan syukur atas apa yang sudah saya ada sekarang..

community medicine
salah satu department yang membuatkan saya terjun langsung ke masyarakat...
we as a doctor not just work in hospital..
klu slalu kat hospital kita akan belajar technically cara rawat patient
In community medicine you r not just rawat patient yang sakit
tapi kita kena melihat kawasan sekitar yang melingkupi semua aspek..
so community medicine lebih kepada curative...

SUMOBITO adalah satu desa di Kabupaten (Daerah) Jombang..
about 1 hour 30 min dari Surabaya...
ditempatkan di Klinik Desa-PUSKESMAS
klu di sini di panggil PUSKESMAS..
dan PUSKESMAS ni memberi palayanan kesihatan untuk 11 Desa
yang total penduduk kurang lebih 30000 penduduk...

rata-rata penduduk kat situ kerja as a petani, buruh atau penjual keropok..
dalam sehari pendapatan hanya sekitar rp20000-rp30000
klu di convert ke RM, diorang hanya dapat sekitar RM 10-RM15
itu lah wang untuk makan, atau nak bayar itu ini..
klu kita sehari makan sahaja pun dah lebih dari RM 10...

ada satu patient tu, saya dapat untuk homevisite
die hanya makan nasi berlaukan tempe dan tahu klu ayam jarang sekali.
kalau nk dibandingkan dengan saya, setiap hari kot asyik makan ayam je,,
kalau melihat kondisi rumah plak, saya pasti tiada siapa yang sanggup duduk dirumah seperti tu.
rumah hanya berlantaikan tanah, katil hanya lar katil buluh, air minum dari perigi yang di gali,
jamban tiada, merasakan kesusahan yang die alami
membuatkan saya sedih dan saya merasa betapa beruntungnya diri saya..

kat sana, kita duduk dengan kawan-kawan.
dan kita tak boleh ambil keputusan untuk diri sendiri..
tapi kena memikirkan teman-teman yang lain jugak..
selain mengajar erti hidup dan sentiasa bersyukur
community medicie membuatkan saya berfikiran lebih matang dalam setiap tindakan..
mengajar untuk bekerjasama dengan orang lain, mengajar saya untuk bersabar...
kalau hidup sendiri, semua senang
tapi bila dah duduk beramai-ramai, setiap orang mempunyai sifat masing2..
dalam 3 minggu rasanya dah cukup kot untuk semua sifat2 tu keluar

tingkat stress di sana boleh dikatakan tinggi gak lar..
in 3 weeks, kena siapkan 6 laporan yang semuanya bukan macam makan kacang goreng..
ditambah plak dengan dokter pembimbing yang agak cerewet...
bayangkan, esok laporan dah kena hantar dan di presentasikn.,,
tapi one of our docter suruh ktorang betulkan dari A to Z..
siap cakap we will failed if our laporan tu mcm tu..
muka masing-masing dah macam ayam berak kapur dah..
time tu rasa sangat sedih, sangat stress....
kerja sampai tak tido malam, dan docter bley cakap macam tu je..
tapi nasib baik, ALHAMDULILLAH all my group members bagi komitmen yg baik
walaupun ada satu dua yang tidak berapa membantu...
akhirnya siap gak laporan tu semua...
yg penting waktu tu adalah kerjasama group..

berpuasa ditempat baru dan di sebuah desa keci ldengan kawan-kawan.
adalah satu pengalaman baru...
sahur dan berbuka bersama-sama..
masak dan makan bersama-sama, walaupun makan seadanya
tapi tetap membuatkan puasa kali ni lebih meriah..
ramadhan di SUMOBITO penuh dengan 1001 kenangan..
ramadhan kali ini lain dari tahun-tahun sebelumnya..
tahun depan tak mungkin sama lagi seperti tahun nih..

setiap satu yang terjadi ada pro n kontra, ada plus dan minus yang tersendiri
SUMOBITO tidaklah meninggalkan begitu banyak kenangan manis..
kenangan pahit pun tak lar banyak sangat..
cuma disana banyak mengajar tentang kehidupan
dan bagi saya itu adalah ilmu yang lebih yang susah didapat





Aug 16, 2010

nothing~

Tidak semua benda terluahkan dari kata-kata.
Kadang-kadang ape yang sepatutnya tersampaikan tidak tersampaikan.
Dan tidak semua benda yang kita sampaikan orang lain akan mengerti.
Kita mengharapkan orang lain akan mengerti tapi hakikatnya tidak seperti apa yang diharapkan
kerana apa yang kita sampaikan tidak semua terluahkan.

Satu kelemahan diri sehingga menyebabkan kadang-kadang hati sendiri merasa sakit.
Cuba untuk mengawal emosi yang tidak terbendung.
Tapi saya hanya manusia biasa,
sehingga emosi tetap jua tidak dapat dibendung..
Semua ini kadang-kadang membuatkan diri merasa tidak matang
merasakan masih berikap kebudak-budakkan.



p/s:
going to jombang about 3 week, n thats means berkurunlar saya x hupdate belogs saya nih
hahaha...

Aug 14, 2010

~August~

9-08-2010

Semua yang hidup pasti akan kembali
Dunia hanyalah satu tempat persinggahan yang sementara..
Kita yang masih tinggal didunia perlu meneruskan baki sisa hidup
yang kita tak tahu bila penghujungnya..

Al-FATIHAH buat Mak Yang..
semoga almarhumah ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman..
Doa Nurul selalu ada buat m.yang..

10-08-2010

bertambah lagi usia saya hidup di dunia ni..
ape aje yang dah saya lakukan selama saya hidup..
adakah lebih banyak yang berfaedah atau lebih banyak yang tidak berguna..urmmm
Bersyukur pada ALLAH kerana telah memberi kesempatan dan umur yang panjang sehingga saya boleh menikmati bulan RAMADHAN tahun nih..
Alhamdulillah kerana saya diberikan tubh badan yang sihat untuk saya melakukan ibadah sebagai seorang muslim..

ucapan terima kasih.....

Terima kasih buat MAMA kerana melahirkan saya di dunia nih..
mendidik, mengasuh sehingga saya jadi seperti sekarang...
terima kasih atas kasih sayang yang mama dah curahkan untuk k.long..
semua tu tak dapat k.long bayar sampai bila-bila..
k.long akan ingat semua pesan-pesan mama sampai bila-bila insyaALLAH..

thanks buat NOOR ZULAIKA RUSLI & AIMI KHAIRUDDIN..
terima kasih bagi masker telur tengah-tengah malam..sgt2 lar wangi ok!!!!
thanks a lot for the cake and gifts yang u guys bagi..
sangat2 terima kasih sebab ingat befday..hahaha
and also sanggup habiskan duit and masa padahal esok exam IKM..
last skali time kasih sebab sudi jadi KAWAN saya=)

semoga dengan bertambahnya umur
saya lebih matang, lebih penyabar,dan dapat mengurangkan sifat pemarah yang sedia ada..
semoga apa yang dah saya buat 22 tahun yang lepas mendapat redha dari ALLAH SWT

----------------------------------------------------------------------------------------------

hari yang penuh debaran...
pagi-pagi datang menunggu nama dipanggil..huhhu
ketar lutut tak terkata..
ujian lisan dan bertulis untuk public health..
ALHAMDULILLAH, semua berjalan dengan baik..
ape pun keputusan saya berserah dan tawakal..
saya dah cuba untuk melakukan yang tebaik..

-----------------------------------------------------------------------------------------------
malam pertama terawikh...
walaupun berpanas2 dan berpeluh2 di masjid..
alhamdulillah dapat gak buat solat sunat terawikh..
happy esoknya puasa...hehehe..

11-08-2010

hari first di bulan RAMADHAN
semangat bangun pagi2 masak untuk sahur..hehehe
petang balik dari kelas siap-siap plak masak untuk berbuka...
masak simple asalkan ada juadah untuk berbuka..
time ni lar rindu masakan mama..hoho.
rindu suasana berpuasa di MALAYSIA..
semoga semangat hari first puasa nih akan terus ada untuk satu bulan..
semoga saya diberi tubuh badan yang sehat..
semoga segala amalan yang kita lakukan dalam bulan yang mula nih mendapat ganjaran dariNYA~AMIN~




Aug 7, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way