Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Jan 15, 2011

KaSiH TaK bErSyaRaT

today i got good news,
rasa happy sebentar..
i'm happy to hear that..
alhamdulillah,baguslar kalau macam tu.
walaupun x macam dulu at least x seburuk sebelumnya..
semoga semuanya akan bertambah baik dan lebih baik...

hari ni nak bebel pasal kasih tak bersyarat..
actlly ni tajuk sebuah lagu nasyid..
ada seorang hamba ALLAH ni perkenalkan lagu ni kat saya..
waktu tu tengah homesick n rindu ngan mama.
die suruh dengar lagu ni, sayu hati bila dengar..

ok, sekarang saya bukan nak bercerita pasal saya homesick or rindu family saya.
tapi saya nk bebel pasal tajuk lagu tu "KASIH TAK BERSYARAT"
apa kasih tak bersyarat ni???
bagi saya kasih tak bersyarat ni kasih yang ikhlas..
kasih sayang tanpa mengharapkan balasan sedikit pun.
dan slalunya kasih tak bersyarat ni slalu kita dapat dari ibu kita, dari ayah kita..
sebab mereka berikan kasih sayang tanpa melihat siapa kita, tanpa mengharapkan balasan sedikit pun dari anaknya..
tiada siapa yang dapat beri kasih sayang seperti ni..
termasuklah girlfriend or boyfriend korang sendiri.
tiada kasih sesuci dari kasih ibu dan ayah..

saya sekarang kat department obstetric and gynecology.
suka bila lihat ibu-ibu datang untuk periksa kehamilan.
suka bila lihat reaksi ibu-ibu tu bila dengar suara jantung anak yang dikandung.
semangat je ib-ibu tu datang demi anak dalam perut yang dikandung..
selama 9 bulan kot bawak anak dalam perut dan itu bukan lar satu yang senang.
dan bila tiba saat melahirkan, itu pun bukan satu benda yang senang.
betapa sakitnya ibu tu untuk melahirkan anaknya.
bila anak dah selamat lahir, ibu pun susui dan jaga anaknya sebaik mungkin
ayah plak sediakan semua keperluan yang diperlukan..
rasanya tak terhitung semua tu dan terbalas kot segala kasih sayang yang dah diberikan.
dan itulah kasih tak bersyarat ibu dan ayah.

tapi bila terbaca satu berita 2/3 hari yang lepas saya rasa sedih dan marah
berita mengenai budak umur 3 tahun meninggal.
meninggal sebab didera bapa dan ibu tirinya(gf bapak die)
sedih bila baca berita ni..
kenapa masih ada orang yang sanggup dera anak sendiri sampai meninggal dunia.
alangkan binatang pun ada perasaan kasih dan sayang untuk anak die.
inikan plak manusia yang memang dianugerahkan akal fikiran dan perasaan dari ALLAH SWT.
kenapa tidak menggunakan anugerah yang dah diberikan ni..
mana perginya kasih sayang seorang bapa terhadap anak kandung/darah dagingnya sendiri..

kejamnya dunia sekarang..
dah seperti zaman jahiliyah plak.
kesian budak tu, die tak berdosa or salah ape-ape.
anak itu amanah yang dikurniakan ALLAH buat ibu bapa yang terpilih.
amanah yang diberikan untuk mendidik anak itu menjadi seorang khalifah.
anak itu perlu kasih sayang dan didikan yang baik dari ibu bapa..
bukan pukulan keras dan caci maki dari ibu bapa sendiri..
al-fatihah buat arwah..





No comments:

Post a Comment